Judul : Viral ZurinJundi wedding planner penipu: “Kalau bayar saya, saya buat kerja, tapi kalau tak bayar saya, saya tak sebodoh itu” – Katerer beri penjelasan sedang dalam keadaan tersepit
link : Viral ZurinJundi wedding planner penipu: “Kalau bayar saya, saya buat kerja, tapi kalau tak bayar saya, saya tak sebodoh itu” – Katerer beri penjelasan sedang dalam keadaan tersepit
Viral ZurinJundi wedding planner penipu: “Kalau bayar saya, saya buat kerja, tapi kalau tak bayar saya, saya tak sebodoh itu” – Katerer beri penjelasan sedang dalam keadaan tersepit
PETALING JAYA: Pengusaha katering yang dikaitkan dengan dakwaan kes tipu melibatkan perancang perkahwinan, ZurinJundi tampil memberi penjelasan berhubung kejadian tular tersebut.
Pengusaha berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Fad berkata, dia telah menghubungi keluarga dan pasangan pengantin itu sendiri, pagi Selasa, untuk menerangkan perkara sebenar di sebalik insiden yang berlaku.
Mengakui bahawa pasangan tersebut teraniaya pada majlis perkahwinannya sendiri, Puan Fad bagaimanapun berkata, urusan melibatkan pihaknya dan pengantin telah diselesaikan dan mereka kini faham mengenai situasi sebenar pada hari kejadian, iaitu pada 27 Ogos lalu.
“Mereka terima penjelasan saya dan tak akan bawa perkara ini ke tengah, saya dah terangkan perkara sebenar, mereka faham dan puas hati, jadi antara saya dengan pengantin dah selesai.
“Saya pun tak ambil tindakan apa-apa walaupun mereka viralkan nama dan nombor telefon saya, saya fikir pihak pengantin dah dianiaya, takkan saya pun nak aniaya mereka lagi, sekarang saya cuma mahu bersihkan nama baik saya,” katanya kepada mStar Online, Selasa.
Menurut Puan Fad, dia telah membuat laporan polis berhubung kes ini kerana ia melibatkan nama baik keluarga dan perniagaan yang diusahakannya.
Wanita itu berkata, untuk kes seterusnya yang belum selesai, dia menyerahkan siasatan dijalankan sepenuhnya oleh pihak berkuasa.
Mengulas lanjut tentang kejadian itu, Puan Fad berkata, pihaknya hanya dilantik sebagai katerer pada saat akhir dan dia telah bersetuju untuk menyediakan makanan dan khemah seperti yang telah dibincangkan oleh perancang perkahwinan dengan pihak pengantin.
“Memang dia dah lantik saya dalam masa amat singkat, permulaannya saya setuju, tapi sebab beberapa masalah, kejadian itu berlaku…saya dah terangkan kepada pengantin.
“Saya dengan mereka (pengantin) tak ada kena-mengena, untuk katering, kalau bayar saya, saya buat kerja, tapi kalau tak bayar saya, saya tak sebodoh itu…” katanya yang enggan mendedahkan berapa lama pihaknya telah menjadi sub-katerer dengan ZurinJundi.
Pelamin yang didakwa pengantin tidak sama seperti yang diminta daripada perancang perkahwinan. -foto FB pengantin
Katanya, selepas kejadian itu tular, banyak cacian dan tuduhan dilemparkan kepadanya termasuklah dakwaan dia bersubahat dengan pihak perancang perkahwinan terbabit sehingga pasangan pengantin berkenaan teraniaya dan menanggung malu.
“Saya sebenarnya mahu diamkan diri biar polis siasat, tapi dengan pengantin saya terpaksa terangkan juga, saya tak nak dimaki, caci seolah-olah saya ni bersubahat,” tegasnya.
Dia turut menegaskan bahawa pihaknya tidak terlibat dalam urusan pembayaran atau pemulangan wang sebaliknya ia akan diuruskan sepenuhnya oleh ZurinJundi.
Jelasnya, sebagai katerer yang dilantik oleh perancang perkahwinan berkenaan, dia bukan sahaja tertekan, malah berasa tersepit dengan apa yang berlaku.
Gambar seorang wanita yang dipercayai Zurin yang tular di internet.
“Saya tersepit, sebenarnya banyak projek saya dah buat, tak pernah ada masalah.
“Saya boleh nyatakan saya sendiri pun belum dapat bayaran penuh dan saya akan dapatkan juga bayaran saya,” ujarnya.
Kisah ini mula tular apabila pengantin berkenaan, selepas majlis perkahwinan, membuat laporan polis dan menghebahkan di media sosial mendakwa mereka ditipu oleh perancang perkahwinan walaupun telah membuat bayaran penuh pakej sebanyak RM10,700.
Bayaran itu merangkumi makanan, khemah, baju pengantin, jurugambar, deejay dan pelamin.
Bagaimanapun, ketika majlis berlangsung, makanan untuk tetamu tidak dihantar malah mereka juga mendakwa pelamin yang dibuat tidak sama seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.
Sumber: Mstar
Sumber Viral ZurinJundi wedding planner penipu: “Kalau bayar saya, saya buat kerja, tapi kalau tak bayar saya, saya tak sebodoh itu” – Katerer beri penjelasan sedang dalam keadaan tersepit