Judul : “Kemesraan kami bukan dibuat-buat” – Bimbang ramai tak selesa, Shuib minta Siti Sarah kurangkan kongsi saat romantis mereka di media sosial
link : “Kemesraan kami bukan dibuat-buat” – Bimbang ramai tak selesa, Shuib minta Siti Sarah kurangkan kongsi saat romantis mereka di media sosial
“Kemesraan kami bukan dibuat-buat” – Bimbang ramai tak selesa, Shuib minta Siti Sarah kurangkan kongsi saat romantis mereka di media sosial
MESKIPUN pernah menasihati isterinya, Siti Sarah Raissudin agar mengawal ‘tahap kemesraan’ mereka dalam entri foto di Instagram, namun Shuib akui Sarah ‘pandai’ merakam momen romantik mereka.
Bimbang ada yang tidak selesa dengan kemesraan mereka di media sosial, Shuib meminta isterinya kurang memuat naik gambar mereka bersama.
“Saya tahu ada pihak kurang senang dengan kemesraan kami. Saya ada menegur Sarah untuk tidak memuat naik video atau gambar yang keterlaluan di media sosial.
“Sebenarnya, saya tidak tahu koleksi video yang tersimpan dalam telefon bimbit Sarah. Ini kerana apa yang dimuat naik sebelum ini pun saya tidak sedar dia merakamkan momen spontan itu,” katanya kepada BH Online.
Mengulas tentang kritikan sesetengah netizen mengenai aksi romantik spontan mereka, Shuib menegaskan realitinya, hubungan mereka suami isteri memang begitu.
Tambah Shuib, kemesraan dirinya dan Sarah bukan dibuat-buat.
“Ini adalah sikap kami sejak dulu lagi, keluarga serta rakan-rakan sudah lali.
“Mungkin dengan adanya media sosial, ia menjadi lebih meluas lagi,” katanya.
Apa salahnya mahu berkongsi gambar berpelukan denagan suami atau isteri sendiri di laman sosial? Sudah nama pun pasangan yang mempunyai ikatan yang sah kan!
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber “Kemesraan kami bukan dibuat-buat” – Bimbang ramai tak selesa, Shuib minta Siti Sarah kurangkan kongsi saat romantis mereka di media sosial