Judul : Bella Astillah harap rumah tangga aman tanpa gangguan
link : Bella Astillah harap rumah tangga aman tanpa gangguan
Bella Astillah harap rumah tangga aman tanpa gangguan
Isteri Aliff Aziz, Bella Astillah, berharap rumah tangga yang dibina bersama penyanyi berkenaan akan terus aman tanpa diganggu anasir luar.
Pada masa sama, wanita berusia 23 tahun ini percaya, seperti insan lain, mahligai mereka tidak akan terlepas daripada ujian.
“Inilah ujian Tuhan buat saya dan Aliff. Kami sendiri sentiasa saling mengingatkan, ujian akan terus diberikan Yang Maha Kuasa buat hamba-Nya. Kita takkan tahu ujian apa pula yang akan datang selepas ini?
“Apa yang kami lalui sebelum ini sangat besar. Ia ujian buat saya sebagai isteri yang baru bergelar ibu, bukan sebagai kekasih. Saya dan Aliff bagaimanapun tidak mahu terus larut dengan apa yang terjadi. Kita harus berfikir ke depan dengan matang,” kata Bella.
Penghujung Julai lalu, rumah tangga pasangan muda ini berdepan ujian getir apabila Aliff, 26, ‘ditangkap’ isterinya sendiri ketika berdua-duaan dengan bakat baharu, Afifah Nasir, yang juga teman gandingannya dalam drama, Izinkan Aku Mencintamu, di sebuah pusat karaoke.
Rentetan itu, Aliff ditahan polis apabila berlaku insiden kekasaran terhadap Bella yang ketika itu masih dalam pantang selepas melahirkan anak sulung mereka. Namun, beberapa hari kemudian Aliff tampil memohon maaf dan mengaku bersalah keluar dengan wanita lain.
Bella berkata, tiada gunanya untuk beliau membiarkan dirinya terus diulit perasaan ragu selepas memberikan kepercayaan baharu kepada suaminya.
“Ragu? Aliff bukan budak kecil lagi. Tiada guna untuk saya terus statik dengan perasaan begitu. Saya memberikannya kepercayaan baharu dan peluang kedua. Menjadi harapan saya agar insiden seperti sebelum ini takkan terjadi lagi.
“Selebihnya, saya serahkan hubungan kami ini kepada Yang Maha Esa. Moga ikatan perkahwinan kami akan sampai ke jannah, insya-Allah. Doa saja yang terbaik untuk kami berdua,” katanya.
Bella turut berharap wanita di luar sana saling menghormati antara mereka, tanpa mengira status masing-masing.
Sumber: Bharian
Sumber Bella Astillah harap rumah tangga aman tanpa gangguan