Judul : Isteri unfollow IG, didakwa jalani rawatan di hospital kerana tertekan, Keith Foo nafi rumah tangganya dalam masalah
link : Isteri unfollow IG, didakwa jalani rawatan di hospital kerana tertekan, Keith Foo nafi rumah tangganya dalam masalah
Isteri unfollow IG, didakwa jalani rawatan di hospital kerana tertekan, Keith Foo nafi rumah tangganya dalam masalah
PELAKON Keith Foo, menafikan gosip liar kononnya rumah tangga yang dibina bersama isteri, Kim Raymond, sejak tiga tahun lalu kini dilanda badai.
Spekulasi tersebut timbul apabila mereka dikatakan tidak lagi memuat naik gambar romantis bersama di laman sosial sejak akhir-akhir ini.
Malah, Kim juga dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya itu.
Khabar angin itu menjadi lebih kencang lagi apabila Keith, yang mula dikenali menerusi drama bersiri Ariana Rose, dikhabarkan menajalani rawatan di hospital dek kerana tekanan dalam situasi rumah tangganya kini.
“Cerita kononnya rumah tangga kami bermasalah itu tidak benar sama sekali. Malah, kehidupan kami macam biasa saja.
“Baru-baru ini, memang saya dimasukkan ke hospital, tetapi disebabkan kecederaan dialami ketika bersenam. Kepala saya terhantuk pada objek keras. Jadi, dua malam juga saya terpaksa bermalam di hospital.
“Kami juga ketika ini sedang sibuk membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baharu,” kata Keith kepada BH Online.
Mengenai isteri yang tidak lagi mengikuti dirinya di laman sosial berkenaan, Keith berkata, ia bukanlah satu perkara besar.
“Anak buahnya pun kerap bermain telefon bimbit isteri dan mungkin dia tersalah tekan hingga tidak lagi mengikuti saya di Instagram,” kata bapa kepada seorang anak perempuan diberi nama Skylar Raymond Foo ini.
Dalam perkembangan karier pula, Keith akui jarang muncul di kaca TV kerana kini prioritinya tertumpu pada keluarga.
“Kalau ada tawaran yang bagus, saya tetap akan pertimbangkan. Saya juga tiada masalah kalau tiada undangan lakonan yang diterima. Saya kini lebih fokus kepada keluarga, termasuk anak kami.
“Apabila berkahwin, saya kini lebih tahu apa yang perlu diutamakan. Keluarga antara keutamaan saya sekarang, selain itu saya juga aktif bersenam di gimnasium,” katanya lagi.
Sementara itu, Kim turut menjelaskan hubungannya dengan suami berjalan seperti biasa.
“Semuanya baik-baik saja dan kami pun baru saja dapat anak perempuan (hujung Mei lalu).
“Dalam soal tidak mengikutinya di Instagram, saya sendiri pun tak sedar akan hal terbabit. Anak buah saya gemar melihat gambar di akaun suami saya. Mungkin dia tersalah tekan hingga tidak lagi mengikuti suami saya,” kata Kim.
Seakan-akan mahu menjelaskan keadaan sebenar, Kim baru-baru ini telah memuat naik Insta Story menunjukkan mereka sedang menikmati makan malam bersama.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Isteri unfollow IG, didakwa jalani rawatan di hospital kerana tertekan, Keith Foo nafi rumah tangganya dalam masalah