Judul : Pegawai masjid di Johor diminta letak jawatan jika terus merokok, penerima zakat juga diberi amaran berhenti merokok jika tak mahu bantuan dihentikan
link : Pegawai masjid di Johor diminta letak jawatan jika terus merokok, penerima zakat juga diberi amaran berhenti merokok jika tak mahu bantuan dihentikan
Pegawai masjid di Johor diminta letak jawatan jika terus merokok, penerima zakat juga diberi amaran berhenti merokok jika tak mahu bantuan dihentikan
Pegawai masjid terutama imam, bilal dan noja di Johor diminta meletakkan jawatan jika terus merokok.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) memberi amaran supaya mereka menghentikan amalan itu kerana hukumnya haram, lapor Sinar Harian.
“Kalau tak sanggup (berhenti merokok) maka kita minta dia lepaskan jawatan. Apatah lagi ini bergaji, kita beri elaun. Jadi tidak sewajarnya berlaku,” kata Datuk Noh Gadut.
Beliau berkata kadi daerah diminta memanggil dan menasihati mereka untuk memberi pencerahan supaya berhenti merokok.
“Kalau tidak (berhenti merokok) juga, maka akan dipanggil sekali lagi untuk membuat perakuan. Kita ada aku janji tapi setelah diberi ingatan, berlaku juga maka kita minta dia menarik diri daripada jawatan tersebut,” katanya.
Beliau memberi penekanan itu kepada imam kerana mereka “umpama kereta api, jika kepalanya jatuh, maka belakangnya akan jatuh.”
Mengulangi saranan Noh, kadi daerah Mersing mengingatkan penerima bantuan zakat supaya berhenti merokok atau berdepan risiko bantuan dihentikan.
“…kadi pantau golongan asnaf ini dan jika di merokok, kita tahan bantuannya. Duit bantuan itu digunakan untuk keperluan hakiki tapi buat beli benda haram,” katanya.
Sumber: Malay Mail
Sumber Pegawai masjid di Johor diminta letak jawatan jika terus merokok, penerima zakat juga diberi amaran berhenti merokok jika tak mahu bantuan dihentikan