Judul : Akaun Twitter Aliff Aziz digodam, siar no telefon palsu yang dikatakan miliknya
link : Akaun Twitter Aliff Aziz digodam, siar no telefon palsu yang dikatakan miliknya
Akaun Twitter Aliff Aziz digodam, siar no telefon palsu yang dikatakan miliknya
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz mengakui terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam akaun Twitternya dan menyebarkan nombor telefon palsu yang dikatakan miliknya.
Menurut artis kelahiran Singapura itu, dia sudah lama tidak aktif menggunakan Twitter dan akaun itu sengaja digodam berikutan kemelut rumah tangga yang dihadapinya.
“Saya tidak tahu bila status yang disertakan dengan nombor telefon saya itu dimuat naik kerana saya sudah lama tidak aktif Twitter.
“Mungkin penggodam itu berniat jahat dengan tujuan mahu menjatuhkan lagi nama saya susulan apa yang berlaku dengan rumah tangga saya,” katanya.
Terdahulu, Aliff dikecam kerana menyebarkan nombor telefon yang didakwa merupakan nombor telefon peribadi miliknya.
Tambah Aliff lagi, dia sedang berusaha dengan pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan semula akaun Twitter miliknya itu.
Semalam, Aliff mengadakan sesi sidang akhbar untuk menjelaskan kemelut rumah tangganya dan meminta maaf atas kesilapan yang sudah dilakukan pada isteri, Bella Astillah dan kedua-dua keluarganya.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Akaun Twitter Aliff Aziz digodam, siar no telefon palsu yang dikatakan miliknya