MB: Agama soal lain, exco tidak perlu mufti

MB: Agama soal lain, exco tidak perlu mufti - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang MB: Agama soal lain, exco tidak perlu mufti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB: Agama soal lain, exco tidak perlu mufti
link : MB: Agama soal lain, exco tidak perlu mufti

Baca juga


MB: Agama soal lain, exco tidak perlu mufti

Kerajaan negeri berpandangan tiada keperluan untuk meletakkan mufti sebagai ahli tetap Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco), kata menteri besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad berkata apa jua dasar yang berkaitan dengan agama Islam mesti mendapat perkenan ketua agama negeri. — Foto ihsan Facebook/Mohamad Hasan

Beliau berkata kerajaan negeri memang sentiasa meletakkan jawatan mufti setaraf dengan jawatan exco.

“Di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, jarang kita membincangkan hal-ehwal agama Islam.

“Segala isu berkenaan hal-ehwal agama Islam akan diputuskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) dan akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk disahkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mencadangkan agar jawatan mufti di setiap negeri dinaik taraf setara dengan jawatan exco kerajaan negeri bagi membolehkan mufti memberikan pandangan mengenai agama Islam melalui mesyuarat exco untuk disalurkan kepada kerajaan.

Mohamad berkata apa jua dasar dan keputusan yang berkaitan dengan agama Islam yang hendak diperkenalkan dan dikuatkuasakan mesti mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin sebagai ketua agama di negeri ini.

“Jika kerajaan negeri ada isu berkenaan hal ehwal agama Islam, selalunya perkara ini akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Mains.

Mains merupakan pihak berkuasa berkaitan hal-ehwal agama Islam dalam negeri ini dan mereka yang akan menasihatkan kerajaan negeri dalam apa jua urusan yang melibatkan agama Islam,” katanya.

Terdahulu, Mohamad turut menandatangani ikrar Gerakan Revolusi AntiRasuah (Gerah) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri sebagai tanda kerajaan negeri komited memerangi rasuah di kalangan masyarakat dan penjawat awam.

“Ikrar ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan negeri untuk menghapuskan masalah rasuah.

“Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memberi dan menerima rasuah, supaya tiada unsur penyalahgunaan kuasa,” katanya. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



Sumber MB: Agama soal lain, exco tidak perlu mufti


Demikianlah Artikel MB: Agama soal lain, exco tidak perlu mufti

Sekianlah artikel MB: Agama soal lain, exco tidak perlu mufti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :