Kecoh patung Annabelle naik MRT!

Kecoh patung Annabelle naik MRT! - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kecoh patung Annabelle naik MRT!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecoh patung Annabelle naik MRT!
link : Kecoh patung Annabelle naik MRT!

Baca juga


Kecoh patung Annabelle naik MRT!

 Kecoh apabila patung yang pernah terkenal selepas menjadi watak utama dalam filem seram, Annabelle tiba-tiba ‘dikesan’ menaiki Transit Aliran Massa (MRT).

 

 

Kecoh patung Annabelle naik MRT!

Kecoh patung Annabelle naik MRT!

 

 

Dua gambar patung misteri itu dimuat naik di halaman Facebook ‘Rapid KL’ pada petang Selasa, masing-masing menunjukkan ia sedang duduk di dalam tren MRT dan ditinggalkan keseorangan di atas mesin pengimbas tiket di sebuah stesen, dipercayai di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC.

“Kepada pelanggan yang dihormati, baru-baru ini kami menerima kunjungan mengejut dari Annabelle. Jaga tingkah laku anda semasa berada di dalam tren kami atau dia akan menghantui anda selama-lamanya,” menurut keterangan itu.

Walaupun baru sejam gambar patung Annabelle dimuat naik, ia telah dikongsikan lebih 2,000 kali dan menerima pelbagai reaksi netizen yang melucukan.

 

“Jangan ‘admin’, aku ni cepat melatah. Nanti tak pasal-pasal aku jadi viral (tular) dalam page ni,” kata Mokhzani Mohamad.

Menurut Farah Amirah: “Aku tak nak balik lambat lagi, nanti Annabelle ikut.”

‘Thivyamalini Ramalu’ pula bertanya: “Annabelle dapat separuh harga juga ke?”

Ia merujuk kepada potongan sebanyak 50 peratus kepada semua pengguna MRT, LRT, Bas Rapid Transit (BRT) dan Monorel bermula 18 Julai hingga 31 Ogos ini sempena majlis Pelancaran MRT Fasa Dua Laluan Sungai Buloh – Kajang pada 17 Julai lalu.

Malah segelintir netizen menyifatkan ‘gurauan’ itu sebagai mempromosikan filem seram Annabelle 2 yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam seluruh negara.

Bagaimanapun ‘admin’ Facebook Rapid KL turut tidak terkecuali berjenaka apabila dilabelkan sebagai kelakar: “Sebenarnya ‘admin’ tak nampak apa pun kat gambar tu. Korang nampak ek?”

Sejak kebelakangan ini, ‘admin’ halaman Facebook bagi ‘Rapid KL’ menghiburkan pengikutnya namun sarat dengan mesej sebagai kesedaran awam.

Patung ‘Annabelle’ dikesan di atas mesin pengimbas tiket dipercayai di stesen LRT KLCC.

Pada Isnin, sekeping gambar seorang penumpang yang berbaring di atas kerusi di dalam trend di muat naik dengan keterangan menggunakan lagu ‘I Am Me’ nyanyian jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida yang telah diubah suai.

“Come to me, sayang sayang sayang. Say with me, sayang sayang sayang. Please don’t sleep, sayang sayang sayang. On MRT, sayang sayang sayang,” kata ‘admin’.

Antara lain pengguna perkhidmatan itu dinasihatkan supaya memberi tempat duduk yang kosong kepada orang lain, tidak makan di dalam tren, tidak membuat sampah merata-rata dan tidak bergayut pada kemudahan pemegang besi.

Sumber: Mstar



Sumber Kecoh patung Annabelle naik MRT!


Demikianlah Artikel Kecoh patung Annabelle naik MRT!

Sekianlah artikel Kecoh patung Annabelle naik MRT! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: