Judul : Jutawan gantung diri lepas syak isteri curang
link : Jutawan gantung diri lepas syak isteri curang
Jutawan gantung diri lepas syak isteri curang
SEORANG jutawan membunuh diri selepas menyesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Beberapa hari sebelum kematiannya, Phil Smith, 52, telah berpindah dari rumah yang diami bersama isteri, Violetta dan tiga anak mereka selepas melihat isterinya bersama lelaki lain.
Phil juga menangis ketika menceritakan perihal isterinya itu kepada anak sulungnya, hasil perkahwinan pertamanya. Keesokannya, dia makan malam bersama rakan-rakannya sebelum memandu Range Rover ke sebuah chalet dan menggantung diri di situ.
Jutawan berkenaan juga menghantar mesej SMS yang hanya diterima oleh anaknya, Joshua, Khianna dan rakan-rakannya, beberapa jam selepas dia menggantung diri.
Mereka kemudiannya menghubungi polis dan mayatnya ditemui pada 2 Februari lalu.
Perkara berkenaan didedahkan dalam inkues yang diadakan susulan kematiannya di mahkamah di London.
Inkues itu juga dimaklumkan Phil adalah seorang yang kuat bekerja dan merupakan pengarah syarikat Orbis Software. Dia sudah berkahwin dengan Violetta hampir 13 tahun.
Selepas mengalami angin ahmar, hubungannya dengan Violetta berantakan dan dia mengalami kemurungan serta percaya isterinya mempunyai hubungan sulit.
Sementara itu, Violetta ketika memberikan keterangan berkata, dia dan suaminya sering bergaduh hinggakan Phil berpindah ke rumah lain.
“Kami telah berbincang untuk bercerai pada Julai tahun lepas tetapi memutuskan untuk memperbaiki semula hubungan. Dia beritahu saya bahawa dia sangat sayangkan saya dan tidak boleh hidup tanpa saya,’’ kata Violetta yang menafikan mempunyai hubungan sulit.
Dia sebaliknya memberitahu suaminya hanya membayangkan mengenai perkara berkenaan.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Jutawan gantung diri lepas syak isteri curang