“Kalau setakat nak jadi popular baik dari selebriti, bukan menteri” – Kenyataan pedas TMJ buat KJ

“Kalau setakat nak jadi popular baik dari selebriti, bukan menteri” – Kenyataan pedas TMJ buat KJ - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Kalau setakat nak jadi popular baik dari selebriti, bukan menteri” – Kenyataan pedas TMJ buat KJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Kalau setakat nak jadi popular baik dari selebriti, bukan menteri” – Kenyataan pedas TMJ buat KJ
link : “Kalau setakat nak jadi popular baik dari selebriti, bukan menteri” – Kenyataan pedas TMJ buat KJ

Baca juga


“Kalau setakat nak jadi popular baik dari selebriti, bukan menteri” – Kenyataan pedas TMJ buat KJ

KALAU setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik,” demikian reaksi Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Kalau setakat nak jadi popular baik dari selebriti, bukan menteri" - Kenyataan pedas TMJ buat KJ

“Kalau setakat nak jadi popular baik dari selebriti, bukan menteri” – Kenyataan pedas TMJ buat KJ

Beliau berkata demikian berikutan ketiadaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Pahang, Sabtu lalu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu, turut dihadiri oleh tiga Kerabat Diraja iaitu dari Kedah, Johor dan juga Pahang.

 

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, bagi pendapatnya, beliau (Khairy) sepatutnya antara individu penting yang turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini.

 

“Dikhabarkan beliau terlibat dengan program Askar Wataniah pada malam perlawanan Piala FA tersebut. Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan.

“Janganlah hanya memilih untuk pergi ke atur cara yang anda pasti akan menjadi tumpuan majlis tetapi apabila sebaliknya, tidak mahu pergi kerana sudah tahu anda tidak menjadi tumpuan.

“Apabila anda telah menjadi seorang menteri atau ahli politik, yang sebetulnya adalah mengenai berkhidmat kepada rakyat dan institusi negara, bukan berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri. Kalau setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers.

Tegasnya, kepada semua ahli politik dan wakil-wakil Pemuda, keutamaan tugas mereka  adalah turun padang dan berkhidmat kepada rakyat, bukannya mengira berapa banyak ‘followers’ di laman media sosial.

Jelasnya, ini bukan soal sukan dan bola sepak sahaja tetapi ini adalah tanggungjawab dan amanah kesemua ahli-ahli politik dalam negara.

Sumber: Sinar



Sumber “Kalau setakat nak jadi popular baik dari selebriti, bukan menteri” – Kenyataan pedas TMJ buat KJ


Demikianlah Artikel “Kalau setakat nak jadi popular baik dari selebriti, bukan menteri” – Kenyataan pedas TMJ buat KJ

Sekianlah artikel “Kalau setakat nak jadi popular baik dari selebriti, bukan menteri” – Kenyataan pedas TMJ buat KJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: