Diminta berhenti berlakon, Nora Danish akur permintaan suami

Diminta berhenti berlakon, Nora Danish akur permintaan suami - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Diminta berhenti berlakon, Nora Danish akur permintaan suami, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Diminta berhenti berlakon, Nora Danish akur permintaan suami
link : Diminta berhenti berlakon, Nora Danish akur permintaan suami

Baca juga


Diminta berhenti berlakon, Nora Danish akur permintaan suami

Akur dengan permintaan suaminya Nedim Nadzri, aktres Nora Danish berkata, dia bersedia untuk meninggalkan kerjaya lakonan demi memberi keutamaan kepada keluarganya.

Bagaimanapun, pelakon yang dikenali dengan sitkom Puteri ini berkata, tindakan yang akan diambil itu bukanlah secara drastik, sebaliknya, secara perlahan-lahan.

“Kalau itu permintaan dia, saya akur dan cuba mematuhinya demi keluarga. Namun, saya tidak akan terus berhenti secara mendadak.

“Selepas berkahwin saya perlu meletakkan suami dan keluarga sebagai keutamaan, buat masa ini saya mungkin akan lebih memilih tawaran yang datang,” ujarnya.

 

Nora atau Nora Danish Mohd Hanif, 36, mengulas kenyataan suaminya pada Khamis lalu di laman sosial yang mahu dia berhenti daripada bidang lakonan.

Dia ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Owl By ND di Gaya Koleksi Raya 2017 yang diadakan di Publika di sini, malam Jumaat.

Pelakon ini mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya Nedim Nazri pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup di Glass House, dekat sini.

Dalam pada itu, mengulas tentang perjalanan perkahwinan tersebut, Nora berkata, kehidupannya kini lebih bahagia dan sempurna.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Dia juga seorang yang pandai masak. Buat masa ini kami belum berkesempatan untuk berbulan madu,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang koleksi jenama pakaiannya, Nora melancarkan sebanyak 21 rekaan koleksi baju kurung sempena Syawal akan datang.

“Tahun lalu kami buat penggambaran di Iceland dan tahun ini kami memilih Amerika Syarikat sebagai lokasi fotografi. Selain, bekerja, kami juga ambil kesempatan itu untuk bercuti bersama keluarga,” ujarnya.
Sumber: MStar



Sumber Diminta berhenti berlakon, Nora Danish akur permintaan suami


Demikianlah Artikel Diminta berhenti berlakon, Nora Danish akur permintaan suami

Sekianlah artikel Diminta berhenti berlakon, Nora Danish akur permintaan suami kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: