Sultan Murad III: Sang Penakluk Parsi

Sultan Murad III: Sang Penakluk Parsi - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sultan Murad III: Sang Penakluk Parsi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Murad III: Sang Penakluk Parsi
link : Sultan Murad III: Sang Penakluk Parsi

Baca juga


Sultan Murad III: Sang Penakluk Parsi

Sultan Murad III merupakan Sultan Empayar Turki Uthmaniyyah yang kesebelas memerintah dari tahun 1574 sehingga 1595. Selepas berjaya menaiki takhta, Sultan Murad III telah mengarah algojo – algojo untuk menjatuhkan hukuman mati keatas lima saudaranya sendiri dimana ia sudah menjadi undang – undang pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah membenarkan Sultan yang baru menaiki takhta untuk membunuh saudaranya sendiri bagi memastikan kelangsungan Empayar itu sendiri. Pemerintahan Sultan Murad III dibayangi kepimpinan yang lemah dan segala urusan pemerintahan negara sering dicampuri oleh Harem iaitu bonda beliau, Nur Banu Sultana dan isterinya, Safiyye Sultana.

Kematian Mehmed Sokollu Pasha dimana beliau merupakan seorang Wazir Besar yang genius pada tahun 1578 akibat dibunuh telah menyebabkan keadaan urusan pemerintahan negara semakin terganggu. Pembunuhan tersebut dilakukan oleh seorang askar Jannisaries yang didalangi isteri Sultan Murad III, Safiyye Sultana. Permainan politik kotor dan licik didalam istana telah sedikit sebanyak menyumbang kepada kemerosotan Empayar Turki Uthmaniyyah. Dikatakan juga pembunuhan Mehmed Sokollu Pasha telah menyebabkan bangkitnya golongan elit di dalam Istana yang ingin mendapatkan pengaruh daripada Sultan melalui hubungan sulit dengan Harem. Selain itu juga, Mehmed Sokollu Pasha mempunyai musuh di dalam Majlis Wazir itu sendiri iaitu Semsi Pasha sehingga sanggup untuk meletak jawatan disebabkan permusuhan beliau kepada Sokollu Pasha.

Pada zaman pemerintahan Sultan Murad III telah munculnya juga kekuasaan para wanita yang menguasai melalui proksi. Kekuasaan tersebut dimulakan pada ketika zaman Hurrem Sultana. Namun begitu, Nurbanu Sultana dan Safiyye Sultana dikatakan amat menonjol sekali peranan wanita didalam pemerintahan Empayar dan menguasai kuasa tersebut melalui proksi. Kemangkatan Nurbanu Sultana telah mewarisi jawatan Valide Sultana kepada Safiye Sultana yang dikatakan wanita yang paling berkuasa di dalam Empayar Turki Uthmaniyyah. Masalah politik istana juga menjadi faktor kekalahan dalam peperangan yang dihadapi ketika zaman Sultan Murad III sehingga Sultan Osman II.

Disebalik masalah dalaman Empayar yang dihadapi, Sultan Murad III telah mengisytiharkan perang keatas Empayar Safawiyyah pada tahun 1576 kerana beliau mahu mengambil kesempatan masalah dalaman yang dihadapi oleh Empayar Safawiyyah akibat konflik Qizilbash selepas kematian Tahmasp I. Selain itu, Shah Ismail II juga merupakan pemerintah yang zalim dan tidak lama kemudian digulingkan Qizilbash dan diganti oleh saudaranya, Sultan Mohammad Khodabanda. Walaubagaimanapun, Sultan Mohammad Khodabanda juga gagal memerintah secara efektif. Ini juga ditambah sentiment yang sering dimainkan oleh kaum Uzbeks yang menginginkan Sultan Murad III masuk campur bagi menghadapi serangan Empayar Safawiyyah. Selain itu, para ulama juga mendesak beliau untuk memerangi Empayar Safawiyyah bagi menekan pengaruh Safawiyyah dan juga peranan Empayar Turki Uthmaniyyah sebagai pelindung mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sultan Murad III telah mengarah pasukan tentera Janissaries untuk menakluki Akhiska pada tahun 1576.

Walaubagaimanapun, Sokollu Mehmed Pasha menentang keputusan Sultan Murad III untuk memerangi Safawiyyah namun tidak diendah oleh beliau. Sokollu Mehmed Pasha pula meninggal dunia pada 1578 akibat dibunuh. Selepas itu, Empayar Turki Uthmaniyyah berjaya merampas Tiflis dan pada tahun 1578. Pada tahun 1579, Azerbaijan dan Armenia pula diserang oleh Empayar Turki Uthmaniyyah dengan bantuan Crimea Tatars. Walaubagaimanapun, Hamza Mirza dan Mirza Salman (Wazir Besar Empayar Safawiyyah) berjaya menangkis serangan Crimea Tatars yang diketuai oleh Adil Giray Khan dan menekan serangan Uzbek yang dipimpin oleh Abdullah Khan. Walaubagaimanapun, Mirza Salman telah dibunuh oleh pembunuh upahan yang didalangi oleh Gabenor Herat, Ali Qoli Khan Shamlu. Ini telah memberi kelebihan yang besar kepada Empayar Turki Uthmaniyyah dengan memenangi Pertempuran di Torches. Sultan Murad III berjaya memperluaskan wilayah kekuasaan Empayar Turki Uthmaniyyah dari Caspian, Dagestan, Shirvan, Georgia, Erivan sehingga Armenia. Pembunuhan Mirza Salman dan Hamza Salman telah memberi kelebihan yang besar kepada Empayar Turki Uthmaniyyah kerana Safawiyyah telah kehilangan pemimpin yang berkebolehan dalam ketenteraan. Selepas itu pula Sultan Mohammad Khodabanda telah digulingkan pada tahun 1588 dan diganti oleh puteranya, Shah Abbas I.

Shah Abbas I terpaksa menandatangani perjanjian damai pada tahun 1590 dimana beliau terpaksa menyerah Azerbaijan, Ganja, Qarabagh, Qarajadagh, Kurdistan dan Luristan. Beliau juga turut bersetuju untuk menghentikan penyebaran dakwah mazhab Syiah Imamiyyah diseluruh dunia Islam. Oleh itu, Sultan Murad III menumpu perhatian kepada masalah di Hungary bagi menghadapi Empayar Hapsburg Austria. Pada tahun 1591, Hassan Pasha telah diperintahkan oleh Sultan Murad III untuk menyerang Croatia iaitu di Sisak. Di Sisak telah berlakunya pertempuran yang dahsyat sehingga menyebabkan Hassan Pasha telah terkorban dalam pertempuran tersebut.

Pada tahun 1593, Sultan Murad III telah menghantar lagi pasukan tentera Jannisaries dibawah pimpinan Wazir Besar, Sinan Pasha untuk menyerang Sisak, Croatia. Gabungan Empayar Hasburg Austria dan Croatia berjaya memusnahkan ancaman Empayar Turki Uthmaniyyah dan mengusir mereka daripada Sisak. Walaubagaimana usaha tersebut diteruskan sehingga 1672. Pada tahun 1595, Sultan Murad III telah mangkat dan tempat beliau diganti oleh putera beliau yang paling tertua, Sultan Mehmed III.

Rujukan:

Hamka, Sejarah Umat Islam Edisi 2016, PTS Publishing

Harris, J. Karlovac: the Renaissance Ideal City in Central Europe.

Masters, B. A. (2010). Encyclopedia of the ottoman empire. Infobase Publishing.

Mirza Salman Jaberi, https://ift.tt/2OuSH1Z

Sicker, M. (2001). The Islamic world in decline: from the Treaty of Karlowitz to the disintegration of the Ottoman Empire. Greenwood Publishing Group.



Demikianlah Artikel Sultan Murad III: Sang Penakluk Parsi

Sekianlah artikel Sultan Murad III: Sang Penakluk Parsi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: