Kerajaan Barisan Nasional Sudah Wariskan Ekonomi Malaysia Yang Kukuh Dan Mantap - Najib Razak

Kerajaan Barisan Nasional Sudah Wariskan Ekonomi Malaysia Yang Kukuh Dan Mantap - Najib Razak - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kerajaan Barisan Nasional Sudah Wariskan Ekonomi Malaysia Yang Kukuh Dan Mantap - Najib Razak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Barisan Nasional Sudah Wariskan Ekonomi Malaysia Yang Kukuh Dan Mantap - Najib Razak
link : Kerajaan Barisan Nasional Sudah Wariskan Ekonomi Malaysia Yang Kukuh Dan Mantap - Najib Razak

Baca juga


Kerajaan Barisan Nasional Sudah Wariskan Ekonomi Malaysia Yang Kukuh Dan Mantap - Najib Razak



Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan Barisan Nasional BN mewariskan negara yang mempunyai ekonomi kukuh dan sihat kepada kerajaan Pakatan Harapan PH.

Katanya, ekonomi yang kukuh itu dicapai melalui dasar transformasi dan pentadbiran ekonomi komprehensif yang turut diiktiraf badan dunia.

Perkara itu diakui oleh Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia WEF yang menyatakan Malaysia adalah negara ke-23 paling kompetitif di dunia.

Malah dalam beberapa tahun akan datang, Malaysia boleh menjadi ekonomi terkehadapan, katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib BN-UMNO Pekan berkata, dasar ekonomi yang diperkenalkan BN juga berjaya menyelamatkan Malaysia daripada kesan langsung krisis ekonomi dunia.

Menerusi rancangan komprehensif dan Dasar Tranformasi Negara diperkenalkan pentadbirannya beliau berkata, kerajaan tidak perlu mewujudkan dana modal, dana harta atau Tabung Harapan Malaysia untuk menyelamatkan ekonomi negara.



Justeru, saya menawarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada untuk membantu kerajaan baharu meningkatkan ekonomi negara, katanya.

Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap nasib golongan peneroka FELDA, RISDA dan FELCRA yang seakan dipinggirkan kerajaan.

Ketika pentadbiran BN katanya, nasib peneroka dan harga minyak sawit menjadi keutamaan kerajaan.

Kini nasib peneroka seakan tidak diendah, malah Hari Peneroka tidak disambut, bayaran lewat dan janji tidak ditunaikan.

Lebih malang, bonus raya rendah dari sebelum ini dan apakah bayaran kepada peneroka akan menurun pada masa akan datang?

Manifesto PH janji batalkan hutang peneroka dalam 100 hari, apa akan jadi pada janji ini? katanya.

Najib juga membangkitkan mengenai penurunan harga minyak sawit dan getah serta peralihan pengimport ke negara jiran.



Sebelum 9 Mei, harga minyak sawit tinggi kerana saya berterusan mempromosikannya ke pasaran dunia termasuk China dan kini harganya menyusut kepada RM2,100 setiap tan iaitu paling rendah dalam tempoh tiga tahun.

Harga getah juga menyusut, manakala kehidupan pekebun kecil terkesan. Eksport minyak sawit dan getah ke negara ini menyusut manakala Indonesia semakin meningkat, katanya.

Beliau berharap kerajaan tidak menjadikan peneroka sebagai kelompok masyarakat kelas kedua atau ketiga dan wajar mengumumkan langkah untuk FELDA serta pendekatan mengatasi masalah harga komoditi yang semakin rendah, katanya.

Turut dibangkitkan dasar pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan GST yang disifatkan Najib sebagai dasar kembali kepada zaman dulu.

Dasar GST berjaya menstabilkan harga dan apabila kita kembalikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST September ini, akan menyebabkan satu pusingan kenaikan harga berlaku, katanya.



Najib juga membangkitkan persoalan sama ada Malaysia baharu dibawa PH akan kembali kepada dasar dulu.

PKR sebelum ini memperjuangkan reformasi menolak dasar memberi gaji lebih rendah kepada kakitangan awam,menambah kenderaan di jalan dan memberi lebih banyak subsidi, katanya.

Sumber: BH

Sumber Kerajaan Barisan Nasional Sudah Wariskan Ekonomi Malaysia Yang Kukuh Dan Mantap - Najib Razak


Demikianlah Artikel Kerajaan Barisan Nasional Sudah Wariskan Ekonomi Malaysia Yang Kukuh Dan Mantap - Najib Razak

Sekianlah artikel Kerajaan Barisan Nasional Sudah Wariskan Ekonomi Malaysia Yang Kukuh Dan Mantap - Najib Razak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: