Ketua Polis Daerah, Ismail Mat Sidik berkata, mangsa, Mohd Zaki Che Ab Rahman, 36 , masih belum sedarkan diri dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

 

“Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam, mangsa dari arah Pasir Pekan, Tumpat dikatakan telah melanggar lampu isyarat merah sehingga bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah Kota Bharu menghala ke Jalan Hamzah.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan akan merakamkan kenyataan daripada mangsa selepas dia sedarkan diri, “ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Justeru beliau menyeru penguna jalan raya supaya mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan terutama berhenti ketika lampu merah bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi.

Sumber: UTUSAN ONLINE