Judul : (Video) 'Acap...mak kat sini...baliklah ye nak'
link : (Video) 'Acap...mak kat sini...baliklah ye nak'
(Video) 'Acap...mak kat sini...baliklah ye nak'
“ACAP...Acap..mak kat sini...balik Acap,” demikian panggilan pilu ibu Mohammad Ashraf Hassan, 29, dalam usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 23 Mac lalu.
Walaupun ada masalah kesihatan jantung, Siti Maznah Khamis, 62, menggagahkan diri memasuki hutan dan mendaki bukit di kawasan anak kelima daripada tujuh beradik itu dipercayai hilang.
Rakaman video usaha keluarga mencari mangsa yang mesra dipanggil Acap dikalangan keluarga dan rakannya itu tersebar hari ini dan video itu meruntun hati mereka yang menontonnya.
Sejak kehilangan Pembantu Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar, Johor itu dilaporkan, ahli keluarganya berkumpul di situ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehilangan mangsa selain turut membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari ke-10.
Abangnya, Mohd Zahiruddin, 35, berkata, mereka tidak pernah putus harapan dan akan terus berusaha mencari Acap setiap hari tidak kira waktu hingga jumpa.
“Ibu ada sakit jantung, tetapi semangatnya kuat untuk mencari Acap termasuk mendaki bukit serta masuk hutan walaupun pada waktu malam.
“Kami sekeluarga sejak dari awal hingga kini masih berusaha mencarinya dengan menyusuri laluan larian, kawasan sungai dan hutan bersama pasukan SAR serta penduduk kampung,” katanya hari ini.
Menurutnya, ibu bapanya serta kakak dan adik-adik lain turut membantu mencari dan mereka menetap di inap desa berhampiran bagi memudahkan urusan pencarian.
“Selain menyertai operasi mencari kami turut berusaha cara perubatan Islam dengan mendapatkan bantuan ustaz serta ibu juga tak pernah putus membuat solat hajat memohon Acap segera ditemui.
“Belum ada sebarang petunjuk setakat ini mengenai keadaan dan lokasi di mana adik berada dan kami mohon orang ramai turut sama mendoakan agar Acap dijumpai,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Acara Gopeng Ultra Trail 2019, Muhammad Irwan Yusuf berkata, larian terbabit adalah penganjuran kali ketiga sejak 2017 dan laluannya pernah digunakan pada penganjuran program sebelum ini.
“Kalau nak diikutkan laluan itu adalah kawasan kampung, banyak rumah serta kebun manakala laluan sebelum ke Gua Tempurung pula laluan berbatu yang aktif digunakan penduduk kampung dan pasukan bomba turut mengatakan ia bukan laluan berbahaya untuk pelari,” katanya.
Menurutnya, selain membantu operasi mencari pihaknya juga memberi tumpuan kepada ahli keluarga mangsa dengan memastikan segala kebajikan mereka terjaga termasuk penginapan.
sumber : hmetro.com.my
Sumber (Video) 'Acap...mak kat sini...baliklah ye nak'
Demikianlah Artikel (Video) 'Acap...mak kat sini...baliklah ye nak'
Sekianlah artikel (Video) 'Acap...mak kat sini...baliklah ye nak' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.