Judul : 'Berhentilah kecam apabila saya tidak dapat penuhi harapan dan permintaan netizen... Saya masih berusaha'
link : 'Berhentilah kecam apabila saya tidak dapat penuhi harapan dan permintaan netizen... Saya masih berusaha'
'Berhentilah kecam apabila saya tidak dapat penuhi harapan dan permintaan netizen... Saya masih berusaha'
Awal Februari lalu, pelakon cantik ini mencetuskan antara isu paling hangat diperkatakan peminat apabila membuka tudung, selepas beberapa tahun tampil dengan imej berhijab.
Bukan sedikit kecaman yang diterima Emma Maembong, namun wanita yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-27 pada 27 Mac lalu, menelan segala kata-kata nista dan kritikan dilemparkan kepadanya.
Mengakui masih lagi berusaha menjadi insan lebih baik, Emma menyatakan, dirinya tak pernah bersikap hipokrit.
Baru-baru ini, pelakon Kimchi Untuk Awak itu menyahut panggilan ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Apabila menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah, ditemani bapa tercinta, Ismail Embong, tentunya peminat sekali lagi berharap Emma akan mengubah penampilan dengan menutup kepala sekembalinya dari sana.
Namun, Emma sendiri berasa terbeban dengan segala harapan mereka yang mengikuti perkembangan diri dan kerjayanya, apatah lagi untuk menyesali segala apa yang terjadi.
Aktres ini terus menjadi dirinya dan pada masa sama, dia memohon agar diberikan sedikit untuknya memperbaiki kelemahan yang ada. Akur dengan hasrat dengan peminat yang meletakkan harapan tinggi mahu melihat perubahan pada dirinya, namun wanita ini mengaku belum berupaya memenuhi permintaan berkenaan.
“Saya tahu, di luar sana ramai yang mahu saya mengikut kehendak mereka supaya berubah dan kembali bertudung. Saya berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik.
“Namun, jangan pula saya dikecam apabila belum dapat memenuhi harapan dan permintaan mereka. Saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak.
“Saya sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Usahlah mengecam, sebaliknya berikan sokongan dan sebarkan aura positif antara satu sama lain,” katanya yang mengaku tidak membaca semua komen ditinggalkan netizen di laman sosial kerana enggan membebankan diri dengan sesuatu yang saya tidak mampu dikawal.
Ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran anjuran kelab peminatnya, The Nizers di ibu negara, baru-baru ini, Emma bersyukur hasrat apabila untuk ke Tanah Suci menjadi kenyataan.
Hampir empat tahun menyimpan impian berkenaan, kata pelakon kacukan ini, selain bapa, dia juga ditemani oleh kakaknya.
“Alhamdulillah, selepas empat tahun, segala perancangan saya untuk ke Tanah Suci Makkah dipermudahkan. Biarpun ada yang meragui niat saya dan bimbang jika belum bersedia, saya tetapkan juga hati untuk ke sana,” katanya kepada BH Online.
Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani Ismail berkata, dia sebak melihat kesungguhan insan yang tidak berdaya, namun bersungguh-sungguh berusaha mencari keredaan Tuhan, di sana.
“Saya berharap, mereka yang berkemampuan dan mempunyai kudrat supaya tidak menangguhkan hasrat ke Tanah Suci. Selagi diberikan Allah tubuh badan yang kuat dan sihat, jangan lepaskan peluang itu.
“Saya ada mendengar pengalaman rakan yang diuji, ketika berada di sana. Saya pula hanya berdoa dan memohon kepada Allah supaya segala urusan dipermudahkan.
“Saya turut berdoa agar ayah diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menyempurnakan semua tuntutan di sana,” katanya yang turut berpeluang meraikan hari ulang tahun kelahirannya di Tanah Suci.
Baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah telefilem untuk siaran TV3, Emma turut meluahkan rasa syukur apabila keputusan membuka hijab tidak menjejaskan karier seninya.
Bahkan, dia yang enggan membesarkan lagi isu sudah dianggap selesai, masih bekerja di lapangan seni seperti biasa.
“Alhamdulillah, kerjaya seni saya setakat ini kekal berjalan dengan baik dan lancar. Apa sahaja kontroversi yang sudah berlaku, semua itu adalah perihal peribadi dan tiada kaitan dengan kerjaya saya sebagai pelakon.
“Memang sejak kebelakangan ini tawaran lakonan semakin banyak, namun saya hanya fokus kepada sebuah projek pada satu masa. Bagi saya, kualiti lakonan meningkat dan masa saya juga lebih terurus apabila memilih cara begini.
“Saya tidak mahu keadaan seperti dialami pada awal kemunculan, apabila mengambil beberapa projek pada satu masa sehingga membuatkan saya penat, terjadi semula,” kata Emma yang menggunakan platform media sosial bagi berkongsi perkembangan kerjaya bersama pengikutnya.
Sementara itu, pelakon ini memilih untuk mengunci mulut apabila diminta berbicara mengenai soal peribadi, biarpun lelaki yang dikaitkan dengannya, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, turut hadir memeriahkan sambutan hari jadinya.
Menurut Emma, tumpuan dan fokusnya ketika ini diberikan kepada kerjaya dan keluarga. Tegasnya, dia enggan memikirkan soal cinta.
“Saya hanya ingin melalui kehidupan sama seperti insan lain kerana tiada apa yang diharapkan selain perkara lebih baik, sejajar dengan peningkatan usia.
“Pada usia 27 tahun, saya mahu mengembangkan lagi kerjaya seni dan mencipta kejayaan supaya menjadi kebanggaan buat diri serta keluarga,” kata Emma.
Sebelum ini, Emma dan Syed Abdullah didakwa menjalinkan hubungan istimewa selepas foto mesra mereka berdua tersebar beberapa hari sebelum pelakon itu membuat pengumuman membuka hijab.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan rasmi daripada mereka berdua berkenaan status sebenar hubungan yang terjalin.
Sumber artikel : berita harian online
Sumber 'Berhentilah kecam apabila saya tidak dapat penuhi harapan dan permintaan netizen... Saya masih berusaha'
Demikianlah Artikel 'Berhentilah kecam apabila saya tidak dapat penuhi harapan dan permintaan netizen... Saya masih berusaha'
Sekianlah artikel 'Berhentilah kecam apabila saya tidak dapat penuhi harapan dan permintaan netizen... Saya masih berusaha' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.