Judul : Pak Ya Dan Pelawak Tersohor Lan Pet Pet Bermaafan, Rancang Bawa Tunai Umrah
link : Pak Ya Dan Pelawak Tersohor Lan Pet Pet Bermaafan, Rancang Bawa Tunai Umrah
Pak Ya Dan Pelawak Tersohor Lan Pet Pet Bermaafan, Rancang Bawa Tunai Umrah
Sebelum ini, pengawal keselamatan Yahya Manap ada menyatakan tidak puas hati dengan denda yang dikenakan ke atas pelawak Lan Pet Pet dan mahu mahkamah menambah hukuman. Yahya atau lebih mesra dipanggil Pak Ya juga didakwa mahu ambil tindakan saman malu terhadap Lan sebanyak RM3juta.
Namun, ketegangan itu akhirnya selesai selepas Lan datang berjumpa dan bersungguh-sungguh memohon maaf. Lan juga amat menyesali perbuatannya sebelum ini.
Saya maafkan Lan – Pak Ya
Menerusi laporan Berita Harian, Yahya atau lebih mesra dipanggil Pak Ya memaafkan Lan selepas mereka bertemu empat mata di sebuah premis di Nilai malam tadi.
Mereka yang ditemani keluarga dan sahabat baik dilihat bermaafan dan mengakhiri ketegangan dengan baik.
Saya maafkan Lan (Mazlan)… Ini bukan kerana wang tetapi keinsafan dirinya membuka hati saya memaafkannya.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lagipun, Ramadan al-Mubarak akan tiba, tidak lama lagi. Lebih elok kami berbaik daripada memanjangkan sengketa pada bulan mulia.
Saya bukannya pendendam… Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka.
Tidak teruskan saman
Menerima permohonan maaf dengan hati yang terbuka, Pak Ya memberitahu kasihan melihat Lan yang terjejas reputasi selepas insiden itu.
Asalkan Lan insaf dengan perbuatannya, itu sudah cukup. Saya akan berbincang dengan peguam untuk menarik balik permohonan rayuan supaya hukuman terhadap Lan disemak semula.
Saya tidak akan meneruskan tindakan saman itu.
Katanya lagi, dia menghormati Lan kerana sanggup memohon maaf dan datang bersemuka. Mengenai tindakan saman sebelum ini, dia akan berbincang semula dengan peguam.
Saya sedih dan insaf – Lan
Lan juga akhirnya dilihat lega selepas berminggu-minggu runsing dan tidak senang hati selagi tidak bersemuka dengan Pak Ya dan keluarga.
Saya mengambil sedikit masa untuk mengatur pertemuan ini. Saya perlu mencari nombor telefon dan memastikan Pak Ya bersetuju untuk bersemuka.
Saya berterima kasih pada Pak Ya dan keluarga yang menerima pelawaan untuk bertemu.
Pada awalnya, saya tahu Pak Ya marah. Tetapi apabila melihat saya dengan rendah diri, zahir dan batin memohon maaf, dia akhirnya tersenyum.
Walaupun pada pertemuan ini, air mata tidak menitis, tetapi hati saya menangis tiada siapa tahu.
Saya sedih dan insaf. Saya berjanji akan menjaga Pak Ya dan keluarga seperti famili sendiri. Saya merancang membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah di Makkah, insya-Allah.
Tambah Lan, dia sangat menyesali perbuatan dan sentiasa ingat pesanan Pak Ya supaya tidak lagi mengulangi kesilapan.
Sumber : Berita Harian Online via ohbulan.com
Sumber Pak Ya Dan Pelawak Tersohor Lan Pet Pet Bermaafan, Rancang Bawa Tunai Umrah
Demikianlah Artikel Pak Ya Dan Pelawak Tersohor Lan Pet Pet Bermaafan, Rancang Bawa Tunai Umrah
Sekianlah artikel Pak Ya Dan Pelawak Tersohor Lan Pet Pet Bermaafan, Rancang Bawa Tunai Umrah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.