Ini Cerita Sebenar Dari Mulut Sepupu Pengantin Viral Kerana Tarian Tidak Senonoh Di Majlis Kenduri

Ini Cerita Sebenar Dari Mulut Sepupu Pengantin Viral Kerana Tarian Tidak Senonoh Di Majlis Kenduri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Ini Cerita Sebenar Dari Mulut Sepupu Pengantin Viral Kerana Tarian Tidak Senonoh Di Majlis Kenduri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini Cerita Sebenar Dari Mulut Sepupu Pengantin Viral Kerana Tarian Tidak Senonoh Di Majlis Kenduri
link : Ini Cerita Sebenar Dari Mulut Sepupu Pengantin Viral Kerana Tarian Tidak Senonoh Di Majlis Kenduri

Baca juga


Ini Cerita Sebenar Dari Mulut Sepupu Pengantin Viral Kerana Tarian Tidak Senonoh Di Majlis Kenduri



Menerusi Facebook Fais Al-Hajari, lelaki yang dipercayai keluarga terdekat kepada keluarga pengantin itu meluahkan kerisauannya terhadap ibunya apabila isu wedding tersebut viral. Ini keluhan lelaki tersebut.

Seolah redha kemungkaran semalam



Sebetulnya, orang yang paling aku kesian dan risaukan bila isu wedding ala jahiliah tu meletup ialah mak aku. Sudah tentulah, orang pertama yang akan di”serang” ialah dia. Bertalu² mesej masuk minta penjelasan. Tak kurang yang melahirkan simpati. Tak kurang juga yang perli dan maki, seolah-olah mak aku dan aku sekeluarga “redha” kemungkaran semalam tu berlaku.

Tak kurang juga orang ingat Aripah Damanhuri dan Normah Damanhuri itu orang yang sama. No! Bukan! They are different, literally and figuratively.

Allah nak pelihara mak aku



Sebenarnya, kalau dikaji balik rentetan peristiwa semalam, Allah memang nak pelihara mak aku dan aku sekeluarga daripada bersubahat dengan benda jahanam tu. Mak aku pada awalnya nak pergi awal ke rumah keluarga pengantin sebab sedara mara semua dah berkumpul, tapi ubah rancangan last minute nak ikut aku saja. Aku pulak ada patient pagi tu, habisnya jam 12 lebih jugak. Kami bertolak ke lokasi kenduri pun dah 1 lebih. Lewat. Sampai lokasi jam 1.30 petang. Bila dah lambat, maka kami duduk belakang saja la, dekat dengan pintu masuk dewan. Pengantinnya nun di depan.

Mak aku sebetulnya diminta join makan beradab, tapi terpaksa bangun awal sebab nak lawat anak buah kakak aku yang masuk hospital. Memandangkan kami dekat belakang, maka mudahlah kami nak gerak balik. Kami pun bergerak keluar dewan lebih kurang jam 2.30 mcm tu.

Kendengaran havoc dalam dewan



Tiba-tiba masa mak aku tunggu aku bawa kereta jemput dia dan isteri-isteri aku, dah kedengaran havoc dalam dewan. Rupanya “persembahan” dah bermula. Kami pun cepat-cepat belah. Allah mmg pelihara kami. Apa akan jadi jika kami sampai lebih awal, dan duduk di bahagian depan? Apa akan jadi jika kami tidak perlu ke hospital dan lepas tu duduk lebih lama di situ sampai berlangsungnya “persembahan” itu? Apa akan jadi jika mak aku tak bangun awal dari meja makan beradab, lalu terakamlah wajah mak aku ketika tarian jijik tu berlangsung? Bila aku kenang balik, sesungguhnya Allah nak pelihara kami. Allah pelihara mak aku daripada aib.

Dia besarkan kami seorang diri



Mak aku memang sa-kit kepala sangat. Tidak sepatutnya begitu. Dia membesarkan kami adik beradik seorang diri sejak 30 tahun lepas. Bapak aku meninggal dunia tahun 1989. Sejak itulah dia struggle membesarkan kami adik beradik di samping bekerjaya sebagai pelakon drama. Bukan sikit pengorbanan yang dia buat.

Alhamdulillah, Allah angkat darjat dia. Allah izinkan semua menantunya jenis menutup aurat dan tidak “over”. Allah izinkan satu-satunnya anak perempuan dia menjadi “gadis pingitan” yang orang tak tahu pun wujud. Orang setaman boleh tidak tahu mak aku ada anak dara, punya la kakak aku bukan jenis sosial. Allah izinkan mak aku berkawan dan mengikuti kuliah-kuliah agama terutamanya kuliah Ustazah Norhafizah Musa. In one sense, dia seorang ibu yang hebat dan tidak pernah ajar anak-anak dia tenggelam dalam dunia glamour selaku “keluarga artis”.

Inspirasi daripada ibuku



Aku bersyukur Allah kurniakan Aripah Damanhuri ini sebagai ibuku. Dan tidak sepatutnya dia pening kerana perbuatan orang lain. Dia berjaya didik anak-anak dia menjadi insan yang baik insya Allah. Kini aku pula mengambil inspirasi itu untuk mendidik keluarga aku menjadi keluarga yg mawaddah.

Sumber: Fais Al-Hajari via ohbulan.com

Sumber Ini Cerita Sebenar Dari Mulut Sepupu Pengantin Viral Kerana Tarian Tidak Senonoh Di Majlis Kenduri


Demikianlah Artikel Ini Cerita Sebenar Dari Mulut Sepupu Pengantin Viral Kerana Tarian Tidak Senonoh Di Majlis Kenduri

Sekianlah artikel Ini Cerita Sebenar Dari Mulut Sepupu Pengantin Viral Kerana Tarian Tidak Senonoh Di Majlis Kenduri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: