Judul : “Sepinggan Nasi Sup Bersama Telur Dadar RM50, Mahal? Tidak”
link : “Sepinggan Nasi Sup Bersama Telur Dadar RM50, Mahal? Tidak”
“Sepinggan Nasi Sup Bersama Telur Dadar RM50, Mahal? Tidak”
Boleh dikatakan ramai anak muda kini memilih untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Namun, bukan mudah untuk berniaga memandangkan banyak saingan diluar sana dan memerlukan kelainan untuk menambat hati pembeli.
Tetapi apa saja produk yang anda niagakan yang paling penting adalah sokongan keluarga dan rakan-rakan. Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook ini, sekaligus membuka mata orang ramai dan boleh dijadikan inspirasi erti sebenar sahabat yang ada ketika susah dan senang.
Berkongsikan ceritanya, Mohd Fadli memberitahu harga sepinggan nasi sup dan telur dadar berharga RM50 tidak mahal sebenarnya kerana ia sebagai tanda sokongan untuk rakannya yang baru saja membuka kedai makan.
Menurut Fadli, pada hari pertama pembukaan kedai makan milik rakannya, dia membayar sebanyak RM50 tanpa meminta baki. Ujarnya, bukan mahu tunjuk kaya atau riak, tetapi sebagai tanda sokongan seorang kawan memandangkan hanya itu sahaja yang dia boleh membantu.
Meskipun untuk perniagaan rakannya hanya cukup-cukup makan sahaja, tetapi dia tetap mengambil pekerja kerana kasihan.
Tetapi seperti biasa, jika rakan datang ke kedainya untuk makan, pasti dia akan menolak untuk mengambil duit. Namun, menurut Fadli dia mengerti kesusahan yang dialami rakannya itu dan tidak mahu mengambil kesempatan.
Fadli turut menasihati mereka di luar sana, dalam berkawan jangan hanya pentingkan diri untuk kesenangan diri kita sahaja. Jika ada kawan yang dalam kesusahan, berikan bantuan atau sokongan kepada mereka.
Pemuda itu juga turut membidas sikap sesetengah individu yang suka mengambil kesempatan ke atas rakan sendiri. Kita sepatutnya membantu mereka dan bukannya membuatkan mereka lebih rugi.
Fadli turut berpesan, sokonglah rakan-rakan dengan membeli produk mereka tanpa meminta untuk mengurangkan harga.
Sumber artikel : vitdaily.com
Sumber “Sepinggan Nasi Sup Bersama Telur Dadar RM50, Mahal? Tidak”
Demikianlah Artikel “Sepinggan Nasi Sup Bersama Telur Dadar RM50, Mahal? Tidak”
Sekianlah artikel “Sepinggan Nasi Sup Bersama Telur Dadar RM50, Mahal? Tidak” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.