Judul : Drama ‘Nur’ Menang Besar Anugerah DFKL 2019
link : Drama ‘Nur’ Menang Besar Anugerah DFKL 2019
Drama ‘Nur’ Menang Besar Anugerah DFKL 2019
Drama bersiri rantaian popular, Nur sekali lagi mengulangi kejayaan apabila berjaya merangkul hampir semua kategori yang dipertandingkan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019.
Antara anugerah utama yang berjaya dirangkul ialah menerusi kategori Drama Pilihan, manakala pengarah yang juga penulis skrip drama berkenaan iaitu Shahrulezad Mohamedin dipilih sebagai pemenang kategori Pengarah Pilihan dan Penulis Skrip Pilihan.
Anugerah DFKL 2019 turut menobatkan pasangan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli sebagai pemenang bagi kategori pasangan pilihan dan Syafiq Kyle pula menang bagi kategori aktor pilihan.
Pelakon Janna Nick pula terus unggul apabila berjaya mempertahankan kemenangannya menerusi kategori aktres pilihan menerusi drama Semerah Cinta Humairah, yang menewaskan calon favorite Amyra Rosli bagi drama Nur.
Pelakon Azhan Rani pula memenangi watak yang paling dibenci menerusi kategori Antagonis Pilihan.
Berikut merupakan senarai penuh para pemenang Anugerah DFKL 2019:
* Aktor Pilihan: Syafiq Kyle (Nur)
* Aktres Pilihan: Janna Nick (Semerah Cinta Humairah)
* Drama Pilihan: Nur
* Pengarah Pilihan: Shahrulezad (Nur)
* Penulis Skrip Pilihan: Shahrulezad (Nur)
* Antagonis Pilihan: Azhan Rani (Nur)
* Pasangan Pilihan: Syafiq Kyle dan Amyra Rosli (Nur)
* Lagu Tema Pilihan: Jatuh Bangun Hakiem Rusli & Aman Ra (Shah & Zam)
* Drama Pendek Pilihan: Orang Kita (Mohammad Edzuan)
* Drama Rantaian Bahasa Cina Pilihan: My Sensei Nyonya
Pemenang membawa pulang sejumlah daripada hadiah wang tunai RM18,000.
Malam Anugerah DFKL 2019 dikendalikan oleh pengacara, Awal Ashaari bersiaran secara langsung di TV3. (rtky/h)
Sumber artikel : rotikaya.com
Sumber Drama ‘Nur’ Menang Besar Anugerah DFKL 2019
Demikianlah Artikel Drama ‘Nur’ Menang Besar Anugerah DFKL 2019
Sekianlah artikel Drama ‘Nur’ Menang Besar Anugerah DFKL 2019 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.