"Saya Dimaklumkan Kemungkinan Besar Adib Hilang Ingatan" - Polis

"Saya Dimaklumkan Kemungkinan Besar Adib Hilang Ingatan" - Polis - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang "Saya Dimaklumkan Kemungkinan Besar Adib Hilang Ingatan" - Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Saya Dimaklumkan Kemungkinan Besar Adib Hilang Ingatan" - Polis
link : "Saya Dimaklumkan Kemungkinan Besar Adib Hilang Ingatan" - Polis

Baca juga


"Saya Dimaklumkan Kemungkinan Besar Adib Hilang Ingatan" - Polis



Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini beliau dimaklumkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan hilang ingatan berikutan kecederaan yang dialami ketika insiden  di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Pegawai Penyiasat Kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, ASP Lew Keng Joe, berkata maklumat itu diberitahu Perunding Kanan Pakar Pembedahan Kardiotorosik Institut Jantung Negara,  Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib, yang juga saksi ke-14,  ketika beliau melawat Muhammad Adib pada 12 Dis lepas pukul 8.45 pagi.

“(Pada masa itu), saya nampak mangsa (Adib) sedar tapi  tak boleh cakap ada hos dalam mulut,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Faten Hadni Khairuddin.

Beliau berkata pada waktu itu, pihaknya hanya nampak badan mangsa bergerak kiri ke kanan,  tetapi tidak boleh bercakap.

Saksi ke-28 itu berkata Dr Mohamed Ezani kemudian memberitahu anggota bomba itu mungkin hilang ingatan kerana tekanan darahnya rendah.

Faten Hadni: Pada pemerhatian ASP, macam mana keadaan Muhammad Adib?

Lew : Saya nampak Muhammad Adib sedar tetapi tidak boleh bercakap kerana mulutnya ada hos. Saya kemudian minta izin Dr Mohamed Ezani untuk bertanyakan soalan kepada Adib.



Faten Hadni : Apa pertanyaan kepada Adib?

Lew : Saya tanya Adib dilanggar ke atau dipu-kul tetapi Adib tidak menjawab dan hanya menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan.  Saya nampak Adib beremosi dan cuba menanggalkan hos tetapi dihalang jururawat.

Saksi itu yang telah  berkhidmat sebagai polis selama 14 tahun  berkata pihaknya berjumpa Muhammad Adib sebanyak tiga kali ketika menerima rawatan iaitu pada 28 Nov dan  12 serta 17 Dis lepas.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rus-uhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di IJN pada 17 Dis lepas.

Prosiding inkues  di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung Rabu.

Sumber : BERNAMA

Sumber "Saya Dimaklumkan Kemungkinan Besar Adib Hilang Ingatan" - Polis


Demikianlah Artikel "Saya Dimaklumkan Kemungkinan Besar Adib Hilang Ingatan" - Polis

Sekianlah artikel "Saya Dimaklumkan Kemungkinan Besar Adib Hilang Ingatan" - Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: