Kebenaran Alam Bunian Yang Kita Wajib Tahu! Kenapa Kaum Lelaki Selalu Jadi "Pilihan" Berbanding Perempuan?

Kebenaran Alam Bunian Yang Kita Wajib Tahu! Kenapa Kaum Lelaki Selalu Jadi "Pilihan" Berbanding Perempuan? - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kebenaran Alam Bunian Yang Kita Wajib Tahu! Kenapa Kaum Lelaki Selalu Jadi "Pilihan" Berbanding Perempuan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kebenaran Alam Bunian Yang Kita Wajib Tahu! Kenapa Kaum Lelaki Selalu Jadi "Pilihan" Berbanding Perempuan?
link : Kebenaran Alam Bunian Yang Kita Wajib Tahu! Kenapa Kaum Lelaki Selalu Jadi "Pilihan" Berbanding Perempuan?

Baca juga


Kebenaran Alam Bunian Yang Kita Wajib Tahu! Kenapa Kaum Lelaki Selalu Jadi "Pilihan" Berbanding Perempuan?



Ramai yang mengharapkan kesudahan berita gembira tentang kehilangan peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau mesra disapa Acap selamat dijumpai segera. Memasuki hari ke 9 pencariannya, sehingga berita ini ditulis, kehilangan Acap banyak dikaitkan dengan alam misteri khususnya alam bunian.

Apa sebenarnya dunia bunian? Kenapa dalam setiap kehilangan di dalam hutan, di saat operasi mencari sudah dilakukan tetapi tidak ditemui dan akhirnya kehilangan sebegini dikaitkan dengan alam bunian. Kenapa  misteri sebegini timbul?

REMAJA menemuramah seorang individu yang biasa memasuki alam ghaib. Menurutnya yang enggan nama dikenali, jelasnya bunian terdiri dari bangsa jin yang memang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia biasa kecuali dengan bacaan dan surah-surah tertentu bagi membolehkan individu memasuki perkampungan jin-jin ini.

Nama BUNIAN ini tercipta bersandarkan cakap-cakap orang Melayu lama yang menyebutnya dan jika pergi ke negara-negara lain, istilah bunian ini mungkin tidak pernah didengari mereka (setiap negara berbeza nama panggilan).



Di mana tempat tinggal jin @bunian ini?

Jika manusia memilih lokasi-lokasi dekat dengan kemudahan awam, biasanya bangsa jin ini lebih gemar menetap di dalam hutan yang jauh dari perkampungan manusia.

Lagi jauh ke dalam hutan, adalah lebih sesuai kerana mereka boleh bercucuk tanam, menternak, memburu  dan sebagainya. Tentu kita pernah mendengar kisah yang diceritakan di mana pemburu menemui ayam hutan yang banyak di dalam hutan dan bila ayam itu ditembak, ia dibalas dengan nyawa orang yang terdekat seperti anak. Ini kerana kita menceroboh hak bunian-bunian ini dan mengambil tanpa izin mereka.

Ada juga jin-jin ini mendiami kawasan muara sungai dan juga laut. Mereka juga tinggal di gunung ganang selain di dalam laut besar seperti Selat Melaka, Lautan Pasific dan sebagainya.



Bagaimana bentuk fizikal orang bunian?

Sama ke macam manusia? Memandangkan bunian  wujud dekat dengan kediaman manusia, namun bila menyentuh aspek fizikal jin, ia sama sekali berbeza dengan manusia normal. Jin-jin ini biasanya berkepak, tidak sama dengan manusia. Jika alam manusia ada yang tinggi, rendah, gemuk atau kurus namun di alam bunian,  golongan jin ini biasanya ketinggian mereka adalah sama, baik lelaki mahu pun perempuannya.




Bayangan tubuh mereka  umpama kabus putih, tidak berfizikal seperti manusia.

Namun amat mudah untuk manusia mengenal pasti individu asing yang ditemui di hutan-hutan sama ada mereka itu bunian atau manusia. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan membaca surah An-Nas sebanyak tiga kali dalam keadaan ketika hujan panas turun.

“Selepas selesai baca, rapatkan kepala ke celah kelangkang dan jika individu yang berjalan itu kakinya seolah tidak cecah ke tanah, itulah golongan jin ini jika kita menjumpainya sekitar tengahari,”katanya lagi.



Kenapa lelaki biasa hilang dalam hutan, bukan perempuan?

Tidak merujuk kepada kes Acap semata-mata (kes kehilangan Azarul Mukhriz yang hilang di Bukit Broga antara buktinya), jelas individu ini, perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin-jin  ini kurang tertarik dengan wanita kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa.


“Namun puteri-puteri diraja pula biasanya amat tertarik dengan manusia terutama lelaki yang mereka anggap sangat luar biasa. Tak hairanlah kita kerap mendengar banyak lelaki yang hilang di hutan berbanding perempuan.

Jin ini juga biasanya amat menyukai kanak-kanak yang belum baligh atau belum disunatkan kerana pada pandangan mereka, “usia ini belum kotor”. Sama juga bayi dalam kandungan turut menjadi pilihan jin-jin ini.

Ciri lelaki bagaimana biasanya jadi pilihan?

Dunia bunian dipenuhi dengan segala bentuk kemewahan. Biasanya bagi jin Islam, kehidupan mereka jauh lebih zuhud dan tidak memandang kebendaan seperti emas, wang ringgit seperti mana kehidupan manusia yang memandang kebendaan sebagai faktor utama.

“Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah lelaki yang baik-baik terutama hati budinya. Lelaki ini biasanya golongan yang sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.

“Biasanya inilah ciri-ciri lelaki yang mereka mahukan dan sebab itulah juga lelaki selalu menjadi pilihan untuk dipilih berbanding perempuan.



Bagaimana nak kenal pasti pintu masuk ke alam bunian?

Tentu ramai nak tahukan sama ada tempat kita hiking atau masuk ke hutan itu pintu masuk ke alam bunian atau bukan!

Biasanya apabila masuk ke hutan dan tiba-tiba kita ternampak buluh kuning, sila jauhi perkara tersebut kerana itu pintu masuk ke alam bunian.

Begitu juga kalau terjumpa pokok besar tetapi halaman bawahnya cukup bersih, seolah-olah disapu dan dijaga, elakkan juga berehat di pokok tersebut. Jika digunung pula, elak melalui lereng-lereng bukit berbatu-batu besar kerana itu juga petanda pintu masuk ke alam bunian.

Sebab itulah apabila kita memasuki satu kawasan yang  baru pertama kali kita pergi, jangan sesekali bercakap besar ketika memasuki hutan kerana golongan jin ini amat tidak suka dengan mereka yang bongkak dalam berkata-kata!

Sumber : remaja.my

Sumber Kebenaran Alam Bunian Yang Kita Wajib Tahu! Kenapa Kaum Lelaki Selalu Jadi "Pilihan" Berbanding Perempuan?


Demikianlah Artikel Kebenaran Alam Bunian Yang Kita Wajib Tahu! Kenapa Kaum Lelaki Selalu Jadi "Pilihan" Berbanding Perempuan?

Sekianlah artikel Kebenaran Alam Bunian Yang Kita Wajib Tahu! Kenapa Kaum Lelaki Selalu Jadi "Pilihan" Berbanding Perempuan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: