Judul : Tak nak layan sumpah laknat, Roslan Shah pilih untuk bersemuka dengan Norshila Amin
link : Tak nak layan sumpah laknat, Roslan Shah pilih untuk bersemuka dengan Norshila Amin
Tak nak layan sumpah laknat, Roslan Shah pilih untuk bersemuka dengan Norshila Amin
SHAH ALAM 13 Dis.- Pengacara Roslan Shah tidak melihat perlu untuk dia melayani permintaan penyanyi era 80-an, Norshila Amin untuk mengangkat sumpah laknat dalam menyelesaikan perbalahan yang timbul antara mereka.
Tak nak layan sumpah laknat, Roslan Shah pilih untuk bersemuka dengan Norshila Amin
Jelas Roslan, sama seperti Norshila dia juga mahu menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin. Namun untuk menuruti permintaan mengangkat sumpah laknat itu tidak sama sekali akan dilakukannya.
Tambah Roslan dia juga bersedia untuk bertemu dengan Norshila sendiri untuk berbincang hal tersebut.
“Tidak, saya tidak akan mengangkat sumpah laknat. Dia juga sudah membuat laporan polis. Jujurnya saya seorang yang pemaaf dan sedia meminta maaf dalam menyelesaikan hal ini.
“Lana khabarnya mahu membuat sidang akhbar, tetapi saya tidak akan berbuat apa-apa buat masa ini. Selain ada permintaan untuk bertemu sendiri dengan Norshila,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan yang kononnya terdapat khabar angin yang tersebar mengenai Norshila sehingga menyebabkan penyanyi itu tidak puas hati, kata Roslan dia tidak tahu apa-apa mengenai khabar angin tersebut.
Malah jelasnya ketika menjadi pengacara di sebuah tapak perniagaan bazaar baru-baru ini, dia turut membantu mempromosikan perniagaan Norshila.
“Saya tidak tahu apa-apa mengenai dakwaan khabar angin itu. Cuma mungkin kami boleh bertemu dan berbincang,” katanya.
Sebelum ini, penyanyi lagu Rambu Ramba itu bersama anaknya, Nurrul Admiena Norrizan mengangkat sumpah laknat bagi membuktikan mereka tidak mengambil wang daripada lapan artis yang berniaga di ekspo jualan di Brunei, April lalu.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Tak nak layan sumpah laknat, Roslan Shah pilih untuk bersemuka dengan Norshila Amin