Judul : Tak boleh tembak anjing liar, PBT kena guna cara lain
link : Tak boleh tembak anjing liar, PBT kena guna cara lain
Tak boleh tembak anjing liar, PBT kena guna cara lain
Kakitangan Jabatan Veterinar Sarawak menembak seekor anak anjing yang dijangkiti rabies di Kampung Lebor, Gedong, Serian, 5 Julai 2017. — Foto BernamaNILAI, 10 Dis — Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ketika ini tidak boleh menggunakan kaedah lama bagi menangani binatang liar termasuk anjing liar yang berkeliaran di kawasan kediaman, kerana tertakluk dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai (MPN) Datuk Abd Halim Abd Latif berkata justeru kaedah baharu sedang dipertimbangkan melalui penubuhan jawatankuasa peringkat negeri yang dipengerusikan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan.
“Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mencari kaedah terbaik yang dapat dilakukan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan bagi menangani isu binatang liar termasuk anjing liar yang berkeliaran dikawasan kediaman sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.
“Kaedah lama iaitu iaitu tangkap, suntik atau tembak untuk hapuskan binatang liar ini tidak lagi boleh digunakan disebabkan kita terhalang dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015, kata beliau.
Kaedah yang diteliti bukan hanya untuk menangani anjing liar, tetapi haiwan liar lain seperti monyet dan babi hutan, katanya kepada pemberita selepas program Ceramah Combi dan Taklimat Pengasingan Sampah Di Rumah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan akhbar baru-baru ini iaitu kebimbangan penduduk di kawasan perumahan Marrakech Twin Villa di Kota Seriemas di sini berhubung ancaman anjing liar yang semakin meningkat di kawasan tersebut sejak empat bulan lepas.
Dalam pada itu, Abd Halim berkata pihaknya menerima sebanyak 3,000 aduan mengenai anjing liar hampir setiap tahun namun pihaknya tidak dapat mengambil tindakan buat masa ini.
“Dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015, banyak syarat dan proses mengenai pelupusan haiwan liar perlu dipatuhi. (Antara hukuman) jika langgar akta ini boleh didenda hingga RM100,000 dan penjara dua tahun,” katanya. — Bernama
Sumber Tak boleh tembak anjing liar, PBT kena guna cara lain