Sebenarnya, Cikgu Azizan Tidak Disaman Pun

Sebenarnya, Cikgu Azizan Tidak Disaman Pun - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sebenarnya, Cikgu Azizan Tidak Disaman Pun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebenarnya, Cikgu Azizan Tidak Disaman Pun
link : Sebenarnya, Cikgu Azizan Tidak Disaman Pun

Baca juga


Sebenarnya, Cikgu Azizan Tidak Disaman Pun

Ramai rupanya yang keliru.

Mak ayah budak tu tak saman pun cikgu tu.

Tapi, cikgu tu didakwa mengikut kanun keseksaan. Ini kes jenayah, bukan kes sivil. Jadi, Cikgu Azizan dibicarakan bukan sebab disaman oleh mak ayah budak tu. Cikgu Azizan didakwa.

Apa beza kes jenayah dan sivil ni?

Ok, aku bagi contoh senang je ya.

Katakan kau masih bersekolah. Darjah 2 lah contohnya. Masa rehat, member kau mintak nak pinjam RM1 sebab nak beli nasi lemak. Kau pun cakap lah, “Nanti bayar balik esok ya.” Dia pun setuju.

Lalu kau pun bagi RM1 tu kat member kau.

Esoknya, bila kau mintak RM1 tu balik, member kau mengelat nak bayar. Begitulah hari-hari seterusnya. Dah sebulan, RM1 tu langsung tak dibayar.

Ok, sekarang ni, ada tak dalam mana-mana buku peraturan sekolah, kalau seorang murid tu tak membayar hutang, murid tu akan dikenakan tindakan disiplin?

Takda kan?

Sebab ini merupakan kes peribadi. Antara kau dengan member kau saja. Takkanlah cikgu nak bawak member kau tu sampai kena kaunseling disebabkan dia tak bayar hutang. Sendiri settle lah.

Tapi, kalau lah masa rehat, member kau tu tiba-tiba rampas duit RM1 tu dari tangan kau. Lepas tu, dia pi beli nasi lemak.

Kau report kat cikgu, cikgu akan ambik tindakan dan denda member kau tu. Mungkin di kaunseling. Mungkin mak ayah kena datang sekolah.

Sebab apa? Sebab, dalam buku peraturan sekolah, dah tertulis bahawa mana-mana murid yang mencuri akan didenda.

Nampak tak apa beza antara dua situasi ni?

Satu, kesalahan yang tak tertulis pun dalam buku peraturan sekolah. Yang satu lagi, kesalahan yang tertulis dalam buku peraturan sekolah.

Begitulah juga dalam dunia ni. Ada kes sivil, ada kes jenayah. Dalam Islam pun ada benda ni.

Buku peraturan sekolah negara kita adalah buku Kanun Keseksaan dan buku-buku akta. Jadi, siapa-siapa yang buat kesalahan yang tertulis kat Kanun Keseksaan dan buku-buku akta ni, dipanggil melakukan jenayah.

Kesan melakukan jenayah ni, besar sangat, lagi-lagi penjawat awam macam Cikgu Azizan. Bila dia disabitkan kesalahan, dia digelar penjayah. Kalau dia masuk penjara walaupun sehari, dia terus dibuang kerja dan langsung tak dapat pencen.

Kalau sivil, dia kena bayar sahaja amaun yang diminta. Dia masih boleh bekerja, tapi terpaksalah menanggung membayar sekian-sekian bayaran yang disuruh.

Ok, boleh tak mak ayah budak ni saman Cikgu Azizan secara sivil?

Ya boleh.

Contohnya, member yang curi duit kau tu dah didenda. Lepas tu kau mintak juga ganti rugi RM1 tu daripada dia. Dah kena hukum pun, kau masih lagi ada hak nak minta RM1 tu balik.

Jadi, ikutkan kes ni, mak ayah budak ni ada hak nak saman Cikgu Azizan. Tapi, terpulanglah dia nak saman ke tidak. Ia bukan suatu perkara wajib.

Oleh itu, agak peliklah orang yang mengecam ‘peguam’ yang back up mak ayah budak ni.

Takda peguam pun yang back up. Sebab, peguam tak boleh back up mangsa jenayah. Yang akan back up adalah Pendakwa Raya. Pendakwa Raya ni memang tugasnya mendakwa.

Habis tu, kenapa ayah budak ni tak tarik report?

Eh, manalah tahu.

Kita tak dengar cerita pihak ayah dia. Kalau ikutkan laporan Harian Metro petang tadi, kata ayah dia, sebelum ni dah ada cubaan untuk settle secara baik. Namun, sebab mengapa settlement itu gagal taklah diberitahu. Katanya esok baru dia nak beritahu.

Penulisan ni khas untuk bagi pencerahan bagi siapa-siapa yang tak faham beza antara sivil dengan jenayah.

Bab-bab ulasan mendalam tentang kes ini, biarlah kita tunggu pulak pihak sebelah sana untuk beri keterangan.

P/S: Sebenarnya isu beza antara sivil dan jenayah ni lagi luas dan rumit. Namun, bagi memudahkan pemahaman orang awam, aku bagi satu contoh secara umum yang boleh difahami.

Kalau lagi mendalam kita pergi, tak cukup satu status ni nak menerangkannya. Moga penerangan ringkas dan terlalu umum ni dapat difahami mudah, seterusnya mendorong anda belajar lebih banyak lagi pasal beza antara kedua-dua undang-undang ini.

Mufarwa Farid



Sumber Sebenarnya, Cikgu Azizan Tidak Disaman Pun


Demikianlah Artikel Sebenarnya, Cikgu Azizan Tidak Disaman Pun

Sekianlah artikel Sebenarnya, Cikgu Azizan Tidak Disaman Pun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :