Judul : Restoran mamak boleh elakkan maksiat, kata NGO
link : Restoran mamak boleh elakkan maksiat, kata NGO
Restoran mamak boleh elakkan maksiat, kata NGO
Restoran mamak 24 jam boleh menjadi tempat untuk mengelakkan berlakunya maksiat, kata Kimma. —Foto oleh KE OoiKUALA LUMPUR, 25 Dis — Restoran mamak yang beroperasi 24 bukan hanya tempat makan dan minum malah untuk golongan muda bergaul dan mengelakkan gejala maksiat, kata badan bukan kerajaan (NGO).
Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) berkata pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan untuk menutup operasi restoran mamak selepas 12 tengah malam.
Presidennya Datuk Syed Ibrahim Kader berkata kerjaan perlu memahami peranan perniagaan restoran sedemikian yang bukan sekadar menyediakan hidangan.
"Ada faktor lain yang perlu dipertimbangkan, contohnya pelajar universiti. Ramai yang belajar berkumpulan dan membuat perbincangan di restoran mamak 24 jam. Selamat untuk lelaki dan perempuan bergaul.
"Apa yang akan terjadi jika restoran ini ditutup? Mereka mungkin akan pergi ke tempat lain yang tidak selamat," katanya kepada Malay Mail.
Baca seterusnya di Malay Mail
Sumber Restoran mamak boleh elakkan maksiat, kata NGO