Alam maya refleksi pemikiran — Rahman Imuda

Alam maya refleksi pemikiran — Rahman Imuda - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Alam maya refleksi pemikiran — Rahman Imuda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Alam maya refleksi pemikiran — Rahman Imuda
link : Alam maya refleksi pemikiran — Rahman Imuda

Baca juga


Alam maya refleksi pemikiran — Rahman Imuda

25 DISEMBER — Kita hidup pada zaman dunia tanpa sempadan, gadjet dan teknologi telah menjadi sepenting pakaian bagi kebanyakan orang.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh media sosial terkenal Facebook, setakat Januari 2017, terdapat 22 juta pengguna Facebook di negara kita.

Ini bermakna lebih daripada separuh rakyat Malaysia memiliki akaun pada laman sosial tersebut.

Saya ingin memberi gambaran bahawa tahap penggunaan laman sosial di negara ini adalah tinggi, dan ini bermakna kita boleh mengetahui isu-isu yang hangat dengan hanya melayari laman sosial sahaja.

Sejak akhir-akhir ini kita berhadapan dengan pelbagai isu, daripada isu yang melibatkan masa hadapan negara sehinggalah isu peminat artis Korea berkabung.

Lambakan pengguna sosial media bermakna kita pasti menemui pelbagai cerita dan isu yang berlegar di skrin gajet.

Isu-isu yang outstanding akan menjadi tular dan menjadi bahan perbincangan pengguna internet. Isu yang dilihat outstanding oleh kebanyakan pengguna

internet di negara kita memberikan refleksi bagaimana rakyat kita berfikir.

Jika isu-isu yang remeh seperti seorang artis yang merindui suaminya ketika pergi ke tandas menjadi topik utama perbualan berbanding isu-isu yang lebih penting seperti polisi pemerintah yang akan memberi kesan secara langsung kepada kita, maka tidak keterlaluan jika saya katakan masyarakat kita memiliki krisis pemikiran.

Kita sering mengadu tentang krisis-krisis yang sedang dihadapi oleh rakyat pada ketika ini; masalah kos sara hidup, peluang pekerjaan kurang atau masalah pemilikan rumah.

Topik-topik seperti ini harus lebih banyak menjadi fokus perbualan ketika sedang bermanja dengan gajet dan internet.

Masalahnya, topik-topik kritikal seperti ini sering dilihat sebagai bahan yang membosankan, sensitif, atau membuang masa.

Ini adalah kesan daripada sistem pendidikan kita sering memberikan imej politik adalah topik yang berbahaya atau hanya berhak dibincangkan oleh golongan elitis.

Kita harus berganjak daripada paradigma seperti ini, hiburan-hiburan yang sedang dijadikan candu untuk memberikan kelegaan kepada kesakitan-kesakitan yang sedang dialami oleh kebanyakan rakyat haruslah dijadikan topik sampingan.

Isu-isu seperti kemiskinan, kenaikan harga barang atau kehilangan hartanah atas kelemahan pengurusan wajar dijadikan isu perdana agar dapat memberi tekanan pada pihak yang bertanggungjawab.

Saya pasti kita semua menyedari isu-isu negatif yang tular akan mendapat respons yang pantas untuk menjaga air muka dan reputasi pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.

Menjadi pengguna internet yang terlalu pasif bukanlah sesuatu yang terlalu baik, walaupun saya menghormati kepelbagaian tujuan orang untuk menggunakan media sosial.

Namun, terlalu responsif pula boleh mendatangkan bala, terutamanya jika kita hanya ingin menjuarai isu semata-mata.

Perkataan “wasatiyyah” mungkin sesuai digunakan untuk memberi gambara perlunya kesederhanaan dalam memberikan komentar dalam seseuatu itu di media sosial.

Biarlah komentar yang diberikan pada seseuatu isu disulami dengan pengetahuan dan pertimbangan.

Kita tidak mahu melahirkan generasi pendosa yang menghukum pendosa yang lain kerana melakukan dosa yang berbeza. Kita juga tidak mahu golongan yang menjadi hakim di media sosial terlalu mendominasi ruangan maya kita.

Kumpulan-kumpulan seperti ini harus dikurangkan dengan mewujudkan lebih banyak perbincangan dan teguran terhadap cara kita menghadapi isu dan perbezaan.

Saya ingin mengambil contoh isu perkabungan peminat mendiang Kim Jong-hyun memandangkan isu ini masih segar dan saya percaya isu ini boleh dikendalikan dengan lebih baik oleh kebanyakan kita.

Pertama, cuba kita ambil pandangan majoriti masyarakat kita bahawa anak-anak muda Islam ini telah melakukan kesalahan yang boleh membawa bencana kepada akidah mereka.

Bagaimana kita respons? Adakah dengan meruntuhkan martabat artis yang telah meninggalkan dunia kerana dia telah membunuh diri? Atau adakah komentar berbaur makian, kebencian dan menghukum akan menyelamatkan anak-anak muda ini daripada tergelincir akidahnya?

Persoalan-persoalan ini perlu kita tanya sebelum memberikan apa-apa komentar kepada anak muda ini.

Hampir semua orang datang melontarkan komentar dalam isu dengan niat yang baik dan ingin menjadi jurucakap tuhan bagi memperbaiki keadaan, tapi sebanyak mana orang yang datang dengan akhlak dan kaedah dakwah yang betul?

Ramai orang datang dengan niat yang baik, tapi sering tewas dengan cara dia menterjemahkan niat baiknya.

Fungsi media sosial adalah untuk kita bergaul di alam maya, seperti pergaulan di dunia sebenar, ada masa-masanya kita perlu berjenaka dan menikmati persahabatan.

Apabila waktu-waktu itu tiba kita harus menikmatinya, tapi ini juga bermaksud kita juga akan menemui situasi untuk serius.

Apabila tiba waktu-waktu yang memerlukan kita untuk menangani isu dengan serius, maka pada ketika itulah komentar kita akan memberi gambaran tentang tahap pemikiran kita.

* Rahman Imuda, seorang aktivis siswa, adalah presiden Ikatan Anak Tawau.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail.



Sumber Alam maya refleksi pemikiran — Rahman Imuda


Demikianlah Artikel Alam maya refleksi pemikiran — Rahman Imuda

Sekianlah artikel Alam maya refleksi pemikiran — Rahman Imuda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: