Judul : 'Rasa ralat sangat'
link : 'Rasa ralat sangat'
'Rasa ralat sangat'
Menurut ibu tunggal itu, ibunya menggesanya segera berubat namun dia mengambil mudah perkara itu.
Ini kerana dia berasakan penyakitnya itu tidak melarat sehingga mengganggu urusan kerja dan hidupnya.
“Saya rasa ralat sangat dan sebaik saja selesai GV4, saya akan berubat.
“Sukar untuk saya jelaskan penyakit ini, tapi apa yang pasti ia menyebabkan suara saya hilang pada sebelah pagi dan ada semula selepas tengah hari.
“Saya tak mahu menuduh angkara siapa kerana apa yang penting sekarang adalah berubat sampai sembuh. Saya mahu cari rezeki untuk anak,” kata Syura yang mengakui sebelah kiri badannya selalu rasa kebas.
Mengulas kerjaya seni, Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron akan menghasilkan single bergenre irama tradisional.
“Saya mahu terus hidupkan irama tradisional. Menurut pandangan rakan pun, suara saya sesuai membawakan lagu irama ini.
“Jadi, tidak perlu saya bereksperimentasi dengan muzik baru jika sudah tahu ia kurang sesuai dengan vokal dan imej saya,” katanya.
Sambung Syura, single baru itu dilancarkan dalam masa terdekat dan berharap ia dapat diterima ramai.
“Saya mohon peminat doakan cepat sembuh seperti sedia kala.
“Kekuatan penyanyi terletak pada suaranya, macam mana saya nak cari rezeki kalau ada masalah suara,” katanya.
Sumber 'Rasa ralat sangat'