'Pembunuh BMW': Nombor plat kereta palsu, 4 suspek diburu

'Pembunuh BMW': Nombor plat kereta palsu, 4 suspek diburu - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 'Pembunuh BMW': Nombor plat kereta palsu, 4 suspek diburu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Pembunuh BMW': Nombor plat kereta palsu, 4 suspek diburu
link : 'Pembunuh BMW': Nombor plat kereta palsu, 4 suspek diburu

Baca juga


'Pembunuh BMW': Nombor plat kereta palsu, 4 suspek diburu

KUALA LUMPUR: Polis kini masih mengesan empat suspek yang dipercayai terlibat dalam 'pembunuhan BMW' yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd pada masa sama menafikan kenyataan tular di media sosial kononnya suspek telah berjaya diberkas.

Tegas Mohd Khalil, siasatan awal polis mendapati nombor plat kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu juga palsu.

"Buat masa ini memang belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kita sedang dalam proses kenal pasti suspek.

"Manakala bagi kenderaan BMW yang digunakan, pemilik kenderaan telah kita jumpa dan kita boleh sahkan ia menggunakan nombor plat palsu.

"Pemilik kenderaan asal dengan kereta serta nombor plat sama berada di Ipoh pada waktu kejadian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

BACA: Usah tularkan 'pembunuh BMW' telah ditangkap - Polis Johor

Semalam, seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar dengan sebuah kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor Bahru.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya, sedang mengisi angin tayar kenderaan mereka di stesen minyak berkenaan.

Kesemua suspek yang menaiki kenderaan mewah BMW secara tiba-tiba datang dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka hingga berlaku pergelutan sebelum mangsa berjaya meloloskan diri.

Suspek kemudiannya bertindak melanggar mangsa sebanyak dua kali sebelum mengundur dan melarikan diri.

Mangsa berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



Sumber 'Pembunuh BMW': Nombor plat kereta palsu, 4 suspek diburu


Demikianlah Artikel 'Pembunuh BMW': Nombor plat kereta palsu, 4 suspek diburu

Sekianlah artikel 'Pembunuh BMW': Nombor plat kereta palsu, 4 suspek diburu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :