Judul : Lahir sehari, bayi dibiar dalam almari stor
link : Lahir sehari, bayi dibiar dalam almari stor
Lahir sehari, bayi dibiar dalam almari stor
Seorang penjual kuih menemui seorang bayi lelaki yang ditinggal di dalam almari stor sebuah rumah, 4 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/DTTBSIBU, 6 Dis — Seorang bayi lelaki berusia sehari ditemui dalam almari di stor sebuah rumah di Kampung Bahagia Jaya Teku di sini kelmarin.
Bayi itu ditemui penjual kuih, 48 tahun, di tingkat bawah rumah selepas terdengar tangisan jam 4 petang, lapor Harian Metro.
“Tiada kesan darah di sekitar almari itu, hanya tali pusat dan tuala ada berdekatan dengan almari,” kata timbalan ketua polis daerah Sibu.
Supt Martin Khoo berkata bayi berselimut itu dipercayai diletakkan di situ berikutan pagar rumah tidak berkunci.
Bayi dihantar ke Hospital Sibu, manakala polis menyiasat kes tersebut bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Sumber Lahir sehari, bayi dibiar dalam almari stor