Kuota senator wanita akan ditambah - Najib

Kuota senator wanita akan ditambah - Najib - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kuota senator wanita akan ditambah - Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kuota senator wanita akan ditambah - Najib
link : Kuota senator wanita akan ditambah - Najib

Baca juga


Kuota senator wanita akan ditambah - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bilangan senator wanita di Dewan Negara akan ditambah seiring dengan hasrat kerajaan meningkatkan penyertaan golongan itu dalam politik.

Perdana Menteri berkata, keberadaan golongan wanita dalam bidang politik negara akan memberi gambaran lebih baik kepada sistem pilihan raya dan menjadikan proses politik lebih inklusif, sekali gus mengukuhkan demokrasi.

Bagaimanapun katanya, harapan itu mampu menjadi kenyataan jika kerajaan Barisan Nasional (BN) memperoleh keputusan majoriti dan mandat yang kuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Kita boleh cadang menambah kuota di Dewan Negara, iaitu kita perlu ada sekurang-kurangnya 30 peratus senator wanita. Saya berasa amat gembira jika hasrat ini dapat dijayakan.

"Itulah sebabnya saya berharap kita mendapat mandat yang kuat dalam pilihan raya akan datang.

"Kita boleh mulakan lebih ramai wanita dilantik sebagai senator dan mereka akan menunjukkan kemahiran kepemimpinan di Dewan Negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 Wanita Dalam Politik (WIPKL 2017) bertema Wanita & Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Kepemimpinan dan Kesaksamaan Hakiki di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Persidangan dua hari bermula semalam disertai pemimpin dan tokoh wanita dari 14 negara diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berlangsung esok sehingga Sabtu ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi WIPKL 2017 merangkap Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketika ini, 19.35 peratus atau 12 daripada 62 Ahli Dewan Negara yang dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dilantik Yang di-Pertuan Agong adalah wanita.

Lapan daripadanya mewakili BN manakala masing-masing satu dari PAS, PKR serta pertubuhan orang kelainan upaya (OKU).

Najib turut berharap lebih ramai usahawan wanita daripada semua peringkat generasi wujud bagi memenuhi wawasan kerajaan dalam IR4.0.

Perdana Menteri berkata, kerajaan amat menggalakkan penyertaan wanita dalam IR4.0 kerana bidang teknologi tinggi hari ini turut mampu dipenuhi golongan itu.

"Saya mahu melihat lebih ramai mereka mencontohi usahawan wanita yang sudah berjaya sebelum ini. Saya percaya ramai usahawan wanita termasuk dalam kelompok 10,000 usahawan pertama yang mendaftar di platform E-dagang Alibaba," katanya.

Info
Senarai Ahli Dewan Undangan Negara Wanita

1. Azizah Harun (BN-UMNO)

2. K Bathmavathi (Pertubuhan OKU)

3. Engku Naimah Engku Taib (BN-UMNO)

4. Datuk Fahariyah Md Nordin (BN-UMNO)

5. Datuk Jamilah Sulaiman (BN-PBS)

6. Khairiah Mohamed (PAS)

7. Datuk Rabiyah Ali (BN-UMNO)

8. Rahemah Idris (BN-UMNO)

9. Datin Rahimah Mahamad (BN-UMNO)

10. Datuk Shahanim Mohamad Yusoff (BN-UMNO)

11. Siti Aishah Shaik Ismail (PKR)

12. Sopiah Sharif (BN-UMNO



Sumber Kuota senator wanita akan ditambah - Najib


Demikianlah Artikel Kuota senator wanita akan ditambah - Najib

Sekianlah artikel Kuota senator wanita akan ditambah - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :