Judul : Kerana Media Sosial, Kau Tak Dapat Kerja
link : Kerana Media Sosial, Kau Tak Dapat Kerja
Kerana Media Sosial, Kau Tak Dapat Kerja
Adakah adik-adik tahu yang mana jika kalian merupakan seorang graduan, syarikat akan melihat akaun kalian di media sosial sebagai “penentu sikap” sebelum dipanggil temuduga?
Begini,
Apabila kalian menghantar resume, sudah banyak syarikat akan mencari kalian di media sosial (Facebook, Instagram dan Twitter). Jika:
1. Syarikat tidak jumpa kalian. Biasanya kalian gunakan emel yang berbeza dan tidak mahu mencampur adukkan emel yang digunakan untuk hal penting dan tidak. Maka dengan itu mereka mulakan pencarian nama juga melalui nombor telefon.
Jika masih tidak jumpa, permohonan kalian terus ditolak.
2. Syarikat jumpa kalian di media sosial, namun kalian memprivasikan profile. Maka, permohonan kalian juga akan ditolak.
Ini kerana mereka yang mempunyai profile yang private terlalu banyak membuat komen jelik, berani bergaduh disebalik profile dan tidak mahu menonjolkan diri dengan positif.
3. Syarikat jumpa kalian di media sosial, namun kalian banyak berkongsi hal pergaduhan di dunia politik, membuat posting kebencian dan sebagainya. Maka permohonan kalian juga akan ditolak.
4. Syarikat jumpa kalian di media sosial. Namun kalian suka sekali bercerita tentang kehidupan, bersembang tentang hal-hal isu semasa dengan membuat ulasan sebaiknya, pergi kedai makan dan berkongsi kebaikan, maka kalian akan dipanggil temuduga.
Wahai adik-adik yang hebat,
Hari ini media sosial penentu kepada sikap dan tingkah laku sebenar kalian. Ada antara mereka yang diam-diam di tempat kerja, namun di media sosial memaki hamun dan mengkritik kasar majikan sendiri.
Maka saringan yang ditulis di atas sedang giat dilakukan.
Temuduga sudah semakin tidak popular dalam menentukan sikap sebenar kalian. Jadi, binalah kekuatan di media sosial.
Semoga kalian berjaya ya!
Khairul Hakimin Muhammad,
Tiada rahsia di profile. Public dan berusaha tulis baik-baik semuanya.
Sumber Kerana Media Sosial, Kau Tak Dapat Kerja