Istilah 'Budak WeChat' Diiktiraf? Ini Lima Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai WeChat

Istilah 'Budak WeChat' Diiktiraf? Ini Lima Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai WeChat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Istilah 'Budak WeChat' Diiktiraf? Ini Lima Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai WeChat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Istilah 'Budak WeChat' Diiktiraf? Ini Lima Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai WeChat
link : Istilah 'Budak WeChat' Diiktiraf? Ini Lima Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai WeChat

Baca juga


Istilah 'Budak WeChat' Diiktiraf? Ini Lima Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai WeChat

Istilah 'Budak WeChat' Diiktiraf? Ini Lima Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai WeChat

Pengguna WeChat terdiri daripada remaja berusia 15 hingga 29 tahun. (Gambar: YouTube)

Aplikasi media sosial WeChat boleh dikatakan antara aplikasi terawal menjengah pasaran dunia. Ketika zaman kejatuhan BlackBerry Messenger (BBM) serta  kebangkitan WhatsApp, WeChat juga antara yang menyerlah ketika itu.
 
Sejak dilancarkan pada tahun 2011, jumlah pengguna aktif bulanan mencecah sehingga 980 juta di seluruh dunia. Jumlah terbabit meletakkan WeChat di kedudukan ketiga tertinggi selepas Facebook dengan rekod 2 bilion dan WhatsApp sebanyak 1.2 bilion.
 
Namun, di sebalik populariti WeChat, mungkin tidak ramai yang begitu mengenali WeChat.

Rojak Daily Skop! senaraikan lima fakta menarik mengenai WeChat:
 
1. GUNA EMPAT JAM SEHARI

Siapa sangka rupanya WeChat berada di kedudukan ketiga sebagai media sosial paling popular.
Berdasarkan laporan tahunan WeChat pada tahun 2016, pengguna aktif mereka meningkat sebanyak 35 peratus menjadikan jumlah individu yang menggunakan WeChat seramai 768 juta sehari.
 
Malah, anggaran terhadap penggunaan media sosial itu mendapati pengguna mereka dari seluruh dunia menghabiskan masa selama 30 minit sehingga empat jam sehari.
 
2. MALAYSIA CECAH 9.6 JUTA
 
Biarpun WeChat lebih dikenali di China tetapi pengguna di luar negara sudah mencecah 70 juta. Antara sasaran aplikasi ini adalah di utara Amerika Syarikat dan peratusan pengguna mereka adalah berumur 15 sehingga 29 tahun.

Di Malaysia pengguna WeChat adalah sebanyak 9.6 juta. Kebanyakan pengguna di negara ini lebih menggunakan perkhidmatan mesej berbanding membuat bayaran secara 'cashless'.

3. PENGGUNA WECHAT 'GILA GAJET'

Pengguna WeChat boleh dikatakan terdiri daripada individu yang gilakan teknologi. Berdasarkan laporan pada tahun lalu, subjek carian yang dibuat oleh pengguna mereka menjurus kepada jenama teknologi terkini seperti Apple, Huawei, Tencent dan Alibaba.
 
Jika anda pengguna WeChat anda mungkin sebahagian daripada mereka.
 
4. 'WECHAT PAY' DIBAWA MASUK KE MALAYSIA

Pembayaran menggunakan WeChat juga popular di China.
Tahukah anda di China, WeChat bukan sekadar aplikasi untuk berhubung semata-mata. WeChat juga digunakan sebagai aplikasi bayaran secara ‘cashless’.
 
Sehingga tahun lalu, WeChat mempunyai 200 juta pengguna yang mendaftarkan kad kredit mereka untuk khidmat pembayaran cara ini.
 
Selain membuat bayaran secara atas talian, membayar secara fizikal di kedai runcit di China juga menerima perkhidmatan WeChat.
 
Buat pengetahuan pengguna 'cashless' di negara ini, 'WeChat Pay' telah pun dibawa masuk ke Malaysia dan antara bank yang telah pun menerima kelulusan Bank Negara Malaysia adalah Hong Leong Bank Bhd.
 
5. GELARAN BUDAK WECHAT SAMPAI KE CHINA

Selasa lalu, syarikat telekomunikasi U Mobile Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan WeChat.
 
Menariknya, wakil WeChat dari China iaitu Lionel Sim tahu berhubung istilah ‘Budak WeChat’ yang popular dalam kalangan remaja di negara ini. Nampaknya populariti budak WeChat sudah menjangkau sempadan.
 
Untuk makluman, istilah 'Budak WeChat; diberi kepada pengguna remaja yang mengunakan bahasa secara tunggang langgang. Baik Bahasa Malaysia mahupun Inggeris, golongan ini pasti tersasar daripada menggunakan ejaan dengan betul.
 
U MOBILE X WECHAT

U Mobile jalinkan kerjasama dengan WeChat pada Selasa lalu.
Berdasarkan sambutan memberangsangkan terhadap aplikasi ini, U Mobile Sdn Bhd mengambil insiatif baru dengan melancarkan kad sim 'U Mobile WeChat Go'.
 
SIM prabayar tersebut bakal memberi data tanpa had kepada pelancong dari China untuk menikmati mesej melalui aplikasi WeChat serta langganan Lingcod TV percuma.
 
Pelancaran kad SIM U Mobile WeChat Go juga dikatakan tiba tepat pada masanya selepas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyasarkan seramai lapan juta pelancong China ke negara ini menjelang tahun 2020.
 
Pelancong dari China boleh membeli kad SIM ini yang dijual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 pada harga RM38 sebulan.



Sumber Istilah 'Budak WeChat' Diiktiraf? Ini Lima Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai WeChat


Demikianlah Artikel Istilah 'Budak WeChat' Diiktiraf? Ini Lima Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai WeChat

Sekianlah artikel Istilah 'Budak WeChat' Diiktiraf? Ini Lima Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai WeChat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :