Istana Selangor batal kurniaan pingat kebesaran Tun M dan Isteri

Istana Selangor batal kurniaan pingat kebesaran Tun M dan Isteri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Istana Selangor batal kurniaan pingat kebesaran Tun M dan Isteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Istana Selangor batal kurniaan pingat kebesaran Tun M dan Isteri
link : Istana Selangor batal kurniaan pingat kebesaran Tun M dan Isteri

Baca juga


Istana Selangor batal kurniaan pingat kebesaran Tun M dan Isteri

Istana Selangor mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali telah memulangkan pingat kebesaran yang dianugerahkan kepada mereka.

Dewan Diraja Selangor dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah telah memulangkan pingat kebesaran itu pada 7 Disember lalu.

“Adalah dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan menerima pemulangan kembali darjah dan bintang kebesaran Selangor tersebut daripada Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah tanpa halangan.

“Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan darjah dan bintang kebesaran Selangor tersebut akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang telah ditetapkan,” kata Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais.

 

Pada Isnin, dilaporkan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah telah menyerahkan pingat kebesaran yang dianugerahkan menerusi pegawai kanan  Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima dua pingat iaitu pada 1978 dan 2003.

Salah satu daripadanya adalah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) (Kelas Pertama).

Dr Mahathir yang kini berusia 93 tahun dilaporkan berkata, perhimpunan Pakatan Harapan pada Oktober lalu bahawa rakyat Malaysia dipimpin perdana menteri berketurunan lanun Bugis.

Kenyataannya telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak termasuk Istana Johor dan komuniti Bugis di Indonesia.

Malahan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga murka atas kenyataan Dr Mahathir.

Sumber: Mstar



Sumber Istana Selangor batal kurniaan pingat kebesaran Tun M dan Isteri


Demikianlah Artikel Istana Selangor batal kurniaan pingat kebesaran Tun M dan Isteri

Sekianlah artikel Istana Selangor batal kurniaan pingat kebesaran Tun M dan Isteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :