Judul : Cabul wanita awal pagi, penganggur dihukum penjara 18 bulan
link : Cabul wanita awal pagi, penganggur dihukum penjara 18 bulan
Cabul wanita awal pagi, penganggur dihukum penjara 18 bulan
Tertuduh dihukum penjara 18 bulan dengan satu sebatan kerana mencabul kehormatan eksekutif sumber manusia. ― Foto AFPKUALA LUMPUR, 27 Dis ― Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dengan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencabul kehormatan seorang eksekutif sumber manusia dengan mengacukan pisau ke leher wanita itu semasa kejadian.
Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Hasan Azahari Abu, 29, selepas tertuduh mengaku bersalah mencabul kehormatan wanita berusia 38 tahun itu dengan cara meraba buah dada dan memaksa mangsa memegang kemaluannya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Brickfields, di sini pada 6.45 pagi, 22 Julai lalu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan denda atau sebat atau mana-mana dua dari hukuman itu.
Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh mengambil kira faktor keselamatan awam dan impak negatif terhadap mangsa.
"Fakta kes jelas menunjukkan tertuduh telah menakut-nakutkan mangsa dan menyebabkan mangsa trauma dengan kejadian itu," katanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dan kelihatan tenang sepanjang prosiding itu merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan sama di masa akan datang.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh telah meluru masuk ke dalam rumah mangsa dan memaksa wanita itu masuk ke dalam bilik sambil mengacukan pisau di leher mangsa.
Tertuduh menyuruh mangsa agar diam dan memaksa wanita itu memegang kemaluannya sambil dia meraba buah dada mangsa. ― Bernama
Sumber Cabul wanita awal pagi, penganggur dihukum penjara 18 bulan