Banjir: Anggota tentera sedia ditambah di Kelantan, Terengganu

Banjir: Anggota tentera sedia ditambah di Kelantan, Terengganu - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Banjir: Anggota tentera sedia ditambah di Kelantan, Terengganu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banjir: Anggota tentera sedia ditambah di Kelantan, Terengganu
link : Banjir: Anggota tentera sedia ditambah di Kelantan, Terengganu

Baca juga


Banjir: Anggota tentera sedia ditambah di Kelantan, Terengganu

JITRA: Kementerian Pertahanan bersedia menambah anggota tentera dalam misi banjir di Kelantan dan Terengganu sekiranya keadaan bencana itu semakin buruk.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mohd Johari Baharom berkata sehingga kini 2,500 anggota dari Briged 8 berada di lapangan termasuk di pusat pemindahan banjir di kedua-dua negeri berkenaan.

"Sekarang kita dah ada lebih 2,000 anggota yang lengkap dengan aset menyelamat dan jika ada keperluan atau keadaan menjadi buruk kita akan tambah lagi. Perkara itu tidak menjadi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Kedah Drift Challenge" di Tapak Pasar Malam Taman Sri Aman, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Isma Suhaimi Shariff.

Mohd Johari turut mengingatkan orang ramai yang terjejas banjir supaya memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turun membantu memindahkan mereka ke pusat pemindahan selain tidak menunggu di saat-saat akhir untuk berbuat demikian.

"Kesukaran anggota kita ialah sikap orang ramai yang tidak mengendahkan arahan apabila diminta berpindah kerana mereka suka tunggu saat-saat akhir. Kita tidak mahu membahayakan anggota kita sebab arahan itu dibuat pihak berwajib dan mesti dipatuhi...saya nak semua pihak memberi kerjasama dalam hal ini," katanya.

Sementara itu, Mohd Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu berkata tapak pasar itu akan dijadikan lokasi kekal bagi acara sukan drift di daerah ini.

Katanya, beliau akan memohon peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk menaik taraf tapak pasar malam berkenaan supaya lebih selamat serta sesuai untuk diadakan sukan lasak itu pada masa akan datang.

"Saya juga nak jadikan program ini sebagai acara tahunan di Kubang Pasu. Saya sudah berbincang dengan pegawai daerah untuk kita lihat semula pelan tapak ini agar lebih selamat kepada pemandu dan penonton yang menyaksikannya.

"Tujuan kita adalah untuk memperkenalkan lagi sukan drift selain melahirkan lebih ramai anak muda membabitkan diri dalam sukan berkenaan dan tidak terlibat dengan kegiatan lumba haram atau gejala sosial," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Banjir: Anggota tentera sedia ditambah di Kelantan, Terengganu


Demikianlah Artikel Banjir: Anggota tentera sedia ditambah di Kelantan, Terengganu

Sekianlah artikel Banjir: Anggota tentera sedia ditambah di Kelantan, Terengganu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :