Judul : 5 Idea Bisnes Mudah & Murah Dengan Pulangan Bersih RM10,000 Sebulan
link : 5 Idea Bisnes Mudah & Murah Dengan Pulangan Bersih RM10,000 Sebulan
5 Idea Bisnes Mudah & Murah Dengan Pulangan Bersih RM10,000 Sebulan
Memulakan perniagaan bukanlah satu pekerjaan yang begitu susah sehingga anda tidak akan mampu lakukannya. Ada budak belasan tahun yang memulakan perniagaan, ada ibu tunggal yang berjaya dalam perniagaan dan ada pesara kerajaan yang menjadi jutawan dalam perniagaan.
Jika dilihat pada semua senario ini, tidak mustahil juga anda juga akan berjaya dalam dunia perniagaan jika anda mempunyai keinginan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Ini adalah antara 5 idea bisnes untuk anda mulakan perniagaan anda. Jangan khuatir! Ianya adalah perniagaan yang berasaskan modal yang rendah. Mungkin ada diantara anda yang tidak modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan berskala besar.
Jadi, mengapa anda tidak mulakan dengan perniagaan secara kecil-kecilan? Walaupun hanya dengan modal yang rendah, anda boleh mendapat keuntungan yang sangat lumayan.
#1-Berniaga Apam Balik
Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%.
4 kali seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga RM2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan RM 800× 4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (RM2,560) = RM10,240
#2–Berniaga Buah Potong Menggunakan Motorsikal
Pencuci mulut ini memang mendapat tempat terutama pelajar sekolah dan pekerja harian di kawasan sekitar ketika waktu puncak tengahari. Ketika musim panas terik ianya seperti goreng pisang panas.
Penyediannya yang mudah dan kos memulakan perniagaan ini juga murah. Jika anda hendak jimat daripada membeli payung dan meja, anda boleh meniaga dengan membeli box makanan dan menjual dengan menaiki motorsikal.
Keuntungan biasanya 50%-60% daripada modal.
Katakan RM1/plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang).
Anda akan dapat RM350 sehari × 30 hari = RM10,500
#3-Khidmat Potong Rumput
Kawasan pemotongan rumput tidak terhad kepada rumah sahaja malahan tanah kebun, padang, kawasan industri, sekolah dan lain-lain kawasan. Harga bagi upah memotong rumput pula bergantung kepada keluasan potongan rumput dan keadaan kawasan tersebut.
Kerja memotong rumput tidak sesukar yang disangkakan, asalkan anda mempunyai mesin potong rumput, pengetahuan keselamatan, dan kemahiran untuk memotong rumput.
Guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM60, kerja hanya 2 jam sebuah laman. Tugas kita hanya perlu angkat iklan di kawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan kutip duit.
Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200.
#4-Menjual Nasi RM4 Dengan Menyediakan Khidmat Penghantaran.
Beroperasi menggunakan gerai ‘comel’ dengan penggunaan daun pisang untuk membungkus nasi lemak, akan memberi kelebihan kepada penjual nasi lemak mengat keuntungan kerana keharuman daun pisang menarik perhatian pembeli.
Jika dilihat di tepi-tepi jalan ketika awal pagi, lambakan penjual nasi lemak dikunjungi oleh orang ramai yang tidak sempat menyediakan sarapan pagi untuk diri sendiri dan keluarga.
Namun, zaman sekarang nasi lemak tidak hanya dinikmati ketika waktu pagi tetapi juga dipilih untuk dinikmati pada waktu petang. Dua waktu ini akan menjana dua kali pulangan dalam mencapai keuntungan maksima.
Anda juga boleh menjalankan perkhidmatan menghantar nasi lemak ke rumah. Buat group Wattsup dengan penduduk kawasan sekitar dan tetapkan waktu penghantar sebelum pagi dan petang.
Sehari anda dapat buat jualan 150 bungkus dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, jadi sehari bersih dalam tangan ialahRM360 × 30 hari = RM10,800.
#5-Jual Air RM1
Anda hanya perlu meniaga 2 kali sehari iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 ptg dan sekolah agama pukul 5 hingga 6 ptg.
Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat RM600 kasar.
Rata-rata penjual air bagitau margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080
Sumber 5 Idea Bisnes Mudah & Murah Dengan Pulangan Bersih RM10,000 Sebulan