Judul : Ngerinya! Lelaki tanggung sakit sebulan lebih gelang, cincin melekat di jari dan lengan
link : Ngerinya! Lelaki tanggung sakit sebulan lebih gelang, cincin melekat di jari dan lengan
Ngerinya! Lelaki tanggung sakit sebulan lebih gelang, cincin melekat di jari dan lengan
Seorang lelaki menanggung kesakitan sejak lebih sebulan lalu apabila gelang dan cincin yang dipakai melekat di lengan dan jarinya.
Difahamkan, awalnya lelaki berusia 47 tahun itu membiarkan perhiasan diperbuat daripada keluli itu di pergelangan tangan dan jari kirinya.
Bagaimanapun, jari dan tangan mangsa mula membengkak hingga menyebabkan cincin dan gelang itu gagal dikeluarkan.
Selepas tidak mampu menahan kesakitan, mangsa ke Hospital Lawas bagi untuk bantuan mengeluarkan perhiasan itu, semalam.
Bagaimanapun, pihak hospital tidak memiliki kemahiran melakukan tugas itu dan menghubungi pihak bomba bagi bantuan khidmat khas.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan Hospital Lawas jam 7.07 malam tadi.
Sebuah kenderaan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas dihantar ke hospital berkenaan bagi memberi bantuan.
“Anggota menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin dan berjaya mengeluarkan perhiasan itu dari jari dan gelang di tangan kiri lelaki itu,” katanya.
Sumber: Bharian
Sumber Ngerinya! Lelaki tanggung sakit sebulan lebih gelang, cincin melekat di jari dan lengan