Istilah ‘PM jika berminat’ tak boleh guna, KPDNKK buru peniaga online gagal papar tanda harga, bakal dipenjara 3 tahun atau denda RM50 ribu

Istilah ‘PM jika berminat’ tak boleh guna, KPDNKK buru peniaga online gagal papar tanda harga, bakal dipenjara 3 tahun atau denda RM50 ribu - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Istilah ‘PM jika berminat’ tak boleh guna, KPDNKK buru peniaga online gagal papar tanda harga, bakal dipenjara 3 tahun atau denda RM50 ribu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Istilah ‘PM jika berminat’ tak boleh guna, KPDNKK buru peniaga online gagal papar tanda harga, bakal dipenjara 3 tahun atau denda RM50 ribu
link : Istilah ‘PM jika berminat’ tak boleh guna, KPDNKK buru peniaga online gagal papar tanda harga, bakal dipenjara 3 tahun atau denda RM50 ribu

Baca juga


Istilah ‘PM jika berminat’ tak boleh guna, KPDNKK buru peniaga online gagal papar tanda harga, bakal dipenjara 3 tahun atau denda RM50 ribu

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan hari ini memberi amaran kepada peniaga atas talian dan mana-mana web perniagaan supaya memaparkan harga barangan yang dijual dan maklumat produk dengan jelas seperti apa yang pengguna ingin tahu, lapor NST.

Datuk Mohd Roslan Mahayudin, berkata tindakan ini adalah bagi melindungi hak pengguna memandangkan undang-undang terkini memaksa untuk peniaga meletakkan harga dan maklumat barangan sebelum transaksi dilakukan.

Penguatkuasa KPDNKK akan memburu mereka yang mengiklankan produk di atas talian tetapi tidak meletakkan tanda harga barang dijual samaada sengaja atau tidak.

Penggunaan frasa “PM saya, sis”, “Done PM” adalah antara kata kunci yang membuatkan penguatkuasa dapat mengesan kepada peniaga gagal memaparkan tanda harga.

Peniaga atas talian kini akan diperhatikan sama seperti yang dilakukan kepada peniaga konvesional yang lain dan hukuman akan dikenakan jika didapati melakukan kesalahan.

Peniaga perlu mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan perlu memaparkan maklumat seperti berikut:

*Harga perlu dibayar
*Nama penjual atau syarikat
*Nombor Pendaftaran Perniagaan
*Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
*Keterangan produk
*Kaedah pembayaran
*Terma dan syarat
*Anggaran masa penghantaran

Individu yang gagal mematuhi lapan ketetapan yang disenaraikan oleh kementerian ini boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami menguatkuasakan undang-undang ini setelah sekian lama memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menyesuaikan diri”

“Kami mahu pengguna dilindungi dengan lebih baik dan hak mereka mesti dilindungi dan mereka mesti dapat membuat keputusan pembelian selepas mendapat segala dengan maklumat yang dipaparkan termasuk caj tersembunyi.”

“Jadi, jika seseorang menjual kucing, sebagai contoh, dia mesti memaparkan harga yang mahu dijual dan tidak lagi berkata PM jika berminat.”

“Kami tidak mempunyai masalah dengan peniaga e-dagang yang lain seperti Zalora atau Lazada kerana mereka masih patuh kepada undang-undang yang ditetapkan.” kata Roslan.

Beliau juga menyatakan sudah lama masa diberikan, sekarang semua peniaga atas talian perlu memaparkan tanda harga.

Roslan menggesa orang ramai supaya memberi bekerjasama dengan kementerian untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan, jika ada terus hubungi bahagian penguatkuasaan di talian 1-800-886-800.

Sumber: Siakapkeli.my


Sumber Istilah ‘PM jika berminat’ tak boleh guna, KPDNKK buru peniaga online gagal papar tanda harga, bakal dipenjara 3 tahun atau denda RM50 ribu


Demikianlah Artikel Istilah ‘PM jika berminat’ tak boleh guna, KPDNKK buru peniaga online gagal papar tanda harga, bakal dipenjara 3 tahun atau denda RM50 ribu

Sekianlah artikel Istilah ‘PM jika berminat’ tak boleh guna, KPDNKK buru peniaga online gagal papar tanda harga, bakal dipenjara 3 tahun atau denda RM50 ribu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: