Guru dituduh peluk dan cium murid 9 tahun dalam tandas sekolah

Guru dituduh peluk dan cium murid 9 tahun dalam tandas sekolah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Guru dituduh peluk dan cium murid 9 tahun dalam tandas sekolah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru dituduh peluk dan cium murid 9 tahun dalam tandas sekolah
link : Guru dituduh peluk dan cium murid 9 tahun dalam tandas sekolah

Baca juga


Guru dituduh peluk dan cium murid 9 tahun dalam tandas sekolah

Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di sini hari ini atas pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap murid lelaki berumur sembilan tahun.

 

 

Guru dituduh peluk dan cium murid 9 tahun dalam tandas sekolah

Guru dituduh peluk dan cium murid 9 tahun dalam tandas sekolah

 

Guru yang berumur 27 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara memeluk tubuh badan dan mencium murid itu di dalam tandas, di sebuah sekolah di Petaling Jaya, antara jam 12.20 tengah hari hingga 6.30 petang, antara bulan Ogos 2016 hingga 17 Julai 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017  dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 25 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Farhan Read diiikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan dia dilarang mendekati dan menganggu mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan serta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan  menetapkan 25 Sept untuk sebutan.

​​Terdahulu timbalan pendakwa raya Nordalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu serius melibatkan mangsa berumur sembilan tahun.

“Tertuduh adalah guru tempat mangsa bersekolah, jika jaminan dibenarkan dikhuatiri tertuduh akan menganggu saksi pendakwaan terutama mangsa dan ibu bapanya,” katanya.

Farhan pula memohon supaya mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin RM10,000 dan ibu bapa tertuduh bersedia untuk membayar jaminan itu.

“Kami tidak pertikaikan ini merupakan satu kesalahan serius, tetapi tertuduh hanya dituduh dan masih belum didapati bersalah, oleh itu mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan jaminan. Jumlah RM10,000 adalah memadai,” katanya.

Beliau berkata tertuduh yang tinggal dengan ibu bapanya menerima gaji RM1,600 sebulan. — Bernama 

Sumber: Malay Mail



Sumber Guru dituduh peluk dan cium murid 9 tahun dalam tandas sekolah


Demikianlah Artikel Guru dituduh peluk dan cium murid 9 tahun dalam tandas sekolah

Sekianlah artikel Guru dituduh peluk dan cium murid 9 tahun dalam tandas sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: