Judul : Dr Haji Abi Bakar perdaya orang ramai, mengaku doktor pakar mahu adakan pemeriksaan payudara dan alat sulit
link : Dr Haji Abi Bakar perdaya orang ramai, mengaku doktor pakar mahu adakan pemeriksaan payudara dan alat sulit
Dr Haji Abi Bakar perdaya orang ramai, mengaku doktor pakar mahu adakan pemeriksaan payudara dan alat sulit
Orang ramai diminta berhati-hati dengan panggilan daripada seorang individu kononnya ‘doktor pakar’ mahu mengadakan pemeriksaan payudara dan alat sulit.
Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu berkata doktor palsu yang mengaku dirinya ‘Dr Haji Abi Bakar’ dari Hospital Besut sudah memperdayakan tiga wanita sejak 15 Julai lalu.
“Modus operandi sama seperti kes pada 2010 apabila mangsa diminta menjalankan pemeriksaan payudara melalui panggilan telefon yang dibuatnya itu,” kata Dr Mohammad Omar seperti dilapor Harian Metro.
“Mangsa terpedaya kerana doktor palsu itu memiliki segala maklumat peribadinya dan mengikut arahannya tanpa mengesyaki sesuatu.
“Doktor palsu yang mendakwa dirinya sebagai doktor dari Hospital Besut itu turut mengarahkan mangsa memegang alat sulit sambil membuat suara ghairah.”
Mohammad berkata lelaki itu memperoleh butiran peribadi 12 pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan Besut selepas memperdayakan kakitangan klinik.
Katanya laporan polis dibuat 18 Julai lalu dan kini nombor telefon pelaku itu sudah tidak aktif.
Sumber: Malay Mail
Sumber Dr Haji Abi Bakar perdaya orang ramai, mengaku doktor pakar mahu adakan pemeriksaan payudara dan alat sulit