Video: Wanita dilarikan 3 lelaki semalam selamat ditemui tetapi ada kesan cedera

Video: Wanita dilarikan 3 lelaki semalam selamat ditemui tetapi ada kesan cedera - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Video: Wanita dilarikan 3 lelaki semalam selamat ditemui tetapi ada kesan cedera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video: Wanita dilarikan 3 lelaki semalam selamat ditemui tetapi ada kesan cedera
link : Video: Wanita dilarikan 3 lelaki semalam selamat ditemui tetapi ada kesan cedera

Baca juga


Video: Wanita dilarikan 3 lelaki semalam selamat ditemui tetapi ada kesan cedera

Video: Wanita dilarikan 3 lelaki semalam selamat ditemui tetapi ada kesan cedera

Video: Wanita dilarikan 3 lelaki semalam selamat ditemui tetapi ada kesan cedera

Seorang penyelia sebuah kilang telah dilarikan oleh tiga lelaki pagi semalam telah ditemui oleh orang awam di kawasan kilang di Kampung Jawa, Seksyen 3, Shah Alam.

Memetik laporan Berita Harian, Menurut adik mangsa, S Sathya, 33, berkata kakaknya, S Jothimani, 49, ditemui polis kira-kira jam 10 malam dengan beberapa kesan kecederaan di badan.

Jelasnya, sebaik kakaknya ditemui, polis menghubungi keluarga mereka untuk memaklumkan perkara itu.

“Ketika ditemui, kakak dalam keadaan lemah dan kini dirawat di sebuah hospital di sini.

“Kakak memberitahu barang kemas serta beberapa lagi barang miliknya diambil suspek,”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian pula, mangsa dijumpai dalam keadaan lemah dan cedera seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berdarah di bahagian badan sekitar jam 10.30 malam.

“Mangsa segera dihantar ke sebuah hospital swasta di Klang untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa mendakwa tidak mengenali semua suspek,”katanya.

Menurutnya, mangsa juga mendakwa semasa berada dalam kereta dia turut dipukul dan matanya ditutup.

“Pada masa sama, telefon bimbitnya dan barangan lain turut dilarikan.

“Berikutan itu, polis sedang memburu kesemua suspek bagi membantu siasatan,” katanya.

Difahamkan, ketika ditemui, tiga suspek yang melarikannya sudah menghilangkan diri.

Semalam, mangsa dilarikan di hadapan tempat kerjanya kira-kira jam 9.30 pagi, Jothimani dikatakan menerima panggilan telefon memintanya keluar untuk mengambil barang, yang kononnya dibeli secara atas talian.

Akan tetapi ketika mahu mengambil barang berkenaan, mangsa dilarikan tiga lelaki dengan menaiki sebuah kereta Mercedes.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan (KK).

Penyelia kilang dilarikan dari tempat kerjaSHAH ALAM: Seorang penyelia kilang dilarikan di hadapan tempat kerjanya di Kampung Jawa, dekat sini, pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi, mangsa, S Jothimani, 49, menerima panggilan telefon memintanya keluar bagi mengambil barang yang dibeli secara dalam talian.Adik mangsa, S Sathya, 33, berkata mangsa kemudian pergi menemui seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai penghantar barang di hadapan kilang terbabit."Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kakak dilarikan tiga lelaki menaiki sebuah kereta jenis Mercedez berwarna putih."Ketika kejadian, seorang lelaki memakai baju berwarna putih menunggu kakak di luar kereta, manakala dua lagi lelaki berada di dalam kereta itu."Kakak ditolak dan dipaksa menaiki kereta itu sebelum ditarik dari arah dalam kereta. Kereta berkenaan kemudian terus meninggalkan kawasan kilang," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.Sathya berkata, Jothimani yang mempunyai dua anak lelaki itu tidak mempunyai musuh, malah semua ahli keluarga tidak mengenali lelaki yang melarikannya itu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, mengesahkan perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Posted by Ipc Kongsi INFO on 8hb Disember 2017

Via: SK

 



Sumber Video: Wanita dilarikan 3 lelaki semalam selamat ditemui tetapi ada kesan cedera


Demikianlah Artikel Video: Wanita dilarikan 3 lelaki semalam selamat ditemui tetapi ada kesan cedera

Sekianlah artikel Video: Wanita dilarikan 3 lelaki semalam selamat ditemui tetapi ada kesan cedera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: