Video lelaki ditikam, dilanggar dan digilis kereta sampai mati di stesen minyak

Video lelaki ditikam, dilanggar dan digilis kereta sampai mati di stesen minyak - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Video lelaki ditikam, dilanggar dan digilis kereta sampai mati di stesen minyak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video lelaki ditikam, dilanggar dan digilis kereta sampai mati di stesen minyak
link : Video lelaki ditikam, dilanggar dan digilis kereta sampai mati di stesen minyak

Baca juga


Video lelaki ditikam, dilanggar dan digilis kereta sampai mati di stesen minyak

EMPAT lelaki menikam, melanggar dan menggilis seorang lelaki sehingga mati dalam kejadian tragis di stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an dan kejadian pada 7.30 malam.

Katanya, ketika itu mangsa bersama wanita yang dikatakan pergi ke stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kereta mereka.

“Bagaimanapun, ketika mengisi angin tayar Volkswagen miliknya tiba-tiba empat lelaki menaiki BMW putih menghampirinya.

“Mereka menarik mangsa dan berlaku pergelutan. Keempat-empat suspek dikatakan cuba memaksa mangsa menaiki kereta itu.

“Isteri mangsa yang juga warga asing berusia 20-an terus lari untuk mendapatkan bantuan manakala mangsa bergelut dengan keempat-empat suspek.

“Mangsa dikatakan dilanggar dan digilis oleh kereta suspek ketika terbaring selepas cedera ditikam.

“Suspek turut dikatakan membakar dan membaling mercun di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di tempat kejadian.

Katanya, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan dan apabila tiba, polis dapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui kesan tikaman di dada kiri mangsa, dipercayai ditikam.

“Wanita berkenaan masih trauma dan dibawa ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Semua suspek melarikan diri menggunakan BMW putih dengan nombor pendaftaran WB79L dan kami sedang mengesan pemiliknya,” katanya.

Menurutnya, suspek dikatakan membaling mercun di kawasan itu dipercayai bagi menakutkan orang ramai kerana ketika itu ramai pelanggan di stesen minyak dan kawasan berhampiran.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kami masih menyiasat motif kejadian mengikut beberapa sudut dan latar belakang mangsa sama ada peniaga atau mempunyai kerja tetap,” katanya.

Dalam pada itu terdapat satu video berdurasi satu minit 23 saat yang tular di aplikasi WhatsApp berkaitan kejadian itu.

 

Sumber: Harian Metro

 



Sumber Video lelaki ditikam, dilanggar dan digilis kereta sampai mati di stesen minyak


Demikianlah Artikel Video lelaki ditikam, dilanggar dan digilis kereta sampai mati di stesen minyak

Sekianlah artikel Video lelaki ditikam, dilanggar dan digilis kereta sampai mati di stesen minyak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: