Judul : Trump belum terlambat ubah pendirian, kata MB Melaka
link : Trump belum terlambat ubah pendirian, kata MB Melaka
Trump belum terlambat ubah pendirian, kata MB Melaka
Idris berkata Trump masih mempunyai masa untuk menarik balik kenyataan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. — Foto Bernama
MELAKA, 11 Dis — Ukhwah yang teguh antara umat Islam seluruh dunia adalah penting dalam mendepani isu Baitulmuqaddis dalam usaha mempertahan hak rakyat Palestin, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata ukhwah dan kesabaran umat Islam diuji apabila Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan hasrat untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota negara Israel, justeru adalah penting bagi umat Islam merapatkan ukhwah sesama mereka dalam menghadapi cabaran itu.
Idris yang juga presiden Pertubuhan Belia Dunia (WAY) percaya pemimpin negara Islam seluruh dunia sedang mengadakan perbincangan bagi mengambil tindakan sesuai.
“Bukan sahaja negara-negara Islam bahkan Parlimen British pun telah memberikan kenyataan yang keras menentang hasrat Amerika bagi menjadikan Jerusalem atau Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
“Beliau (Trump) masih lagi mempunyai masa untuk menarik balik apa juga kenyataan beliau mengenai hasrat menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas menerima zakat perniagaan daripada 11 badan korporat berjumlah lebih RM1 juta untuk Zakat Melaka.
Trump dilaporkan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan bakal memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmuqadis dan tindakan itu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat antrabangsa. — Bernama
Sumber Trump belum terlambat ubah pendirian, kata MB Melaka