Seronok melantak hidup samun laki orang

Seronok melantak hidup samun laki orang - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Seronok melantak hidup samun laki orang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seronok melantak hidup samun laki orang
link : Seronok melantak hidup samun laki orang

Baca juga


Seronok melantak hidup samun laki orang

SEKADAR fenomena walaupun isunya hanya cerita lama. Ia bukan isu poligami. Isunya ialah kemegahan wanita menyamun dan melantak laki orang.

Seronok melantak hidup samun laki orang

Seronok melantak hidup samun laki orang

Tidak salah dalam Islam lelaki berpoligami. Ia dibenarkan. Malah, dalil dan nasnya dipersetujui semua ulama muktabar. Jadi, adalah berdosa menentang poligami.

Komen ini tidak menentang poligami. Nauzibillah. Kita menyintai amalah Rasulullah SAW. Apatah lagi pada hari kita mengingat kelahiran Kekasih Allah pada hari ini.

Cuma keindahan poligami dikotorkan penyamun hukum Islam. Kemuliaan akhlak Rasulullah yang berkahwin kerana kasihan wanita janda atau balu sahabat yang syahid dalam perang dieksploitasi semahu-mahunya.

Tak apalah. Kan Men Are Always The Same?

Masa nak poligami ikut Nabi. Dah poligami keadilan tiada dan perangai macam babi! Jangan marah. Bidalan kesat ini bukan tabu. Ia diperkatakan secara meluas dalam verbal bagi menyindir sikap lelaki. Malah, sindiran ini satu realiti.

Baiklah. Berbalik pada isu asal. Aneh benar sekarang apabila melihat wanita yang mengambil suami orang sebagai lakinya, boleh bermegah-megah dengan perkara itu. Malah, macam trend pula. Macamlah wanita terhebat ialah wanita penyamun laki orang.

Wanita perampas ini boleh pula berbangga-bangga dengan kejayaannya menyamun dan merampas suami orang.

Ia seperti kisah perangai buruk Hendon dalam Perang Uhud. Setelah wanita musyrikin ini mengetahui kematian musuhnya; ia segera membelah dada dan memamah hati musuhnya. Ini kisah benar, bagaimana Hendon sezalim itu terhadap jenazah Saidina Hamzah. Hendon berbangga-bangga kerana perbuatannya yang jijik itu.

Inilah juga jenis kebanggaan yang kini sedang menjadi trend. Kisah kebanggaan wanita perampas laki orang untuk tampil bermegah-megah kerana menjadi madu.

Penampilan megah ini berlaku secara langsung dan tidak langsung. Tetapi motifnya membina persepsi: Wanita ini menganggap dirinya hebat kerana berjaya menjadi bini muda.

Hairan. Tidaklah Hendon ini tidak menyedari kesan perbuatan bermegah-megah itu terhadap perasaan isteri pertama?

Apa punya zaman. Wanita memanah dan kemudian dengan bangga memamah hati wanita lain tanpa sedikit pun rasa bersalah. Malah, bermegah-megah pula

Cisss!!!

Kalau dulu jantan yang berbangga-bangga menyusun cerita di kedai kopi. Menyenaraikan nama-nama bini dan bekas bini dalam hitungannya.

Kini ada fenomena yang sedang trendy: Wanita pula bermegah-megah dengan laki baharu hasil yang disamunnya dari milik wanita lain.

Apa hal wanita jenis ini?

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Seronok melantak hidup samun laki orang


Demikianlah Artikel Seronok melantak hidup samun laki orang

Sekianlah artikel Seronok melantak hidup samun laki orang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: