Pahang sah tidak sertai Piala AFC, Selangor terpaksa menunggu

Pahang sah tidak sertai Piala AFC, Selangor terpaksa menunggu - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pahang sah tidak sertai Piala AFC, Selangor terpaksa menunggu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang sah tidak sertai Piala AFC, Selangor terpaksa menunggu
link : Pahang sah tidak sertai Piala AFC, Selangor terpaksa menunggu

Baca juga


Pahang sah tidak sertai Piala AFC, Selangor terpaksa menunggu

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan naib juara Liga Super 2017, Pahang secara rasmi tidak akan mewakili Malaysia pada saingan Piala AFC 2018.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata ini kerana badan induk bola sepak negara itu, tidak menerima surat balasan atau sebarang maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menyertai kejohanan berkenaan, sehingga tarikh yang ditetapkan, Khamis lepas.

Beliau berkata mengikut peraturan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), kekosongan slot ditinggalkan Pahang itu tidak boleh diisi oleh mana-mana pasukan lain.

"Oleh itu, juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi wakil tunggal Malaysia beraksi dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2018. Jika JDT gagal melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan, mereka akan secara automatik mendapat slot beraksi pada Piala AFC 2018.

"Bagaimanapun, andai JDT berjaya melangkah masuk ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2018, slot Piala AFC 2018 berkenaan akan diberikan kepada pasukan Selangor yang kini diletakkan dalam senarai menunggu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis undian Liga Juara-Juara AFC 2018 dan Piala AFC 2018 akan berlangsung di AFC House, Bukit Jalil pada Rabu ini.

-- BERNAMA



Sumber Pahang sah tidak sertai Piala AFC, Selangor terpaksa menunggu


Demikianlah Artikel Pahang sah tidak sertai Piala AFC, Selangor terpaksa menunggu

Sekianlah artikel Pahang sah tidak sertai Piala AFC, Selangor terpaksa menunggu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: