Ngap Sayot pilih Ian, Ian Andrew Gillian, jurulatih

Ngap Sayot pilih Ian, Ian Andrew Gillian, jurulatih - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Ngap Sayot pilih Ian, Ian Andrew Gillian, jurulatih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ngap Sayot pilih Ian, Ian Andrew Gillian, jurulatih
link : Ngap Sayot pilih Ian, Ian Andrew Gillian, jurulatih

Baca juga


Ngap Sayot pilih Ian, Ian Andrew Gillian, jurulatih

KUCHING: Teka teki siapa yang bakal menggalas tugas mengemudi Sarawak terjawab selepas bekas penolong jurulatih Kedah, Ian Andrew Gillian dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Ngap Sayot bagi menggalas cabaran kempen Liga Malaysia (Liga M) 2018.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan pemangku tugas Ketua Jurulatih, Pengiran Bala hampir pasti dilantik sebagai pengemudi pasukan sambil dibantu S Veloo, namun ternyata ia tidak menjadi kenyataan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais berkata, jurulatih kelahiran Australia berusia 52 tahun itu diyakini mampu memberikan sentuhan lebih segar kepada Sarawak.

Menurutnya, Ian yang sebelum ini menggalas tugas sebagai Pengarah Teknikal skuad Helang Merah akan mengikat kontrak bersama Bujang Senang selama dua tahun.

"Ian juga akan memainkan peranan sebagai pengarah kejurulatihan skuad bola sepak Sarawak," katanya dalam sidang media, di sini.

Posa yakin, dengan pengalaman luas Ian ketika bersama Kedah serta kelab lain dapat membantu menaikkan prestasi Sarawak yang dilihat tidak konsisten sepanjang musim lalu.

Sementara itu, Ian berkata, tanggungjawab dan peluang yang diberikan FAS untuk mengendali skuad Ngap Sayot memberikannya tugas mencabar bagi mencari teknik serta strategi terbaik untuk terus mengekalkan rentak agar tidak terus terjerumus di posisi bawah liga.

"Saya bersedia membawa perubahan kepada mutu bola sepak Sarawak dan berharap semua pemain dapat mempamerkan mutu permainan konsisten.

"Ini adalah fokus untuk menaikkan semula skuad utama Sarawak selain meningkatkan pembangunan bola sepak akar umbi," katanya.

Sebelum ini, Ian pernah mengemudi kelab Penrith Napean United, Australia (2009) dan Perth Glory FC, Australia (2013) sebelum menyertai Kedah sebagai Penolong Jurulatih (skuad senior); Ketua Jurulatih Kedah bawah 21 tahun dan Pengarah Teknikal (2014 hingga 2016).

Bagi musim 2017, beliau memilih untuk membimbing kelab dari Filipina, Ilocos United FC sebagai ketua jurulatih dan pengarah teknikal.



Sumber Ngap Sayot pilih Ian, Ian Andrew Gillian, jurulatih


Demikianlah Artikel Ngap Sayot pilih Ian, Ian Andrew Gillian, jurulatih

Sekianlah artikel Ngap Sayot pilih Ian, Ian Andrew Gillian, jurulatih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: