Mekanisme mingguan dorong harga RON95 lebih rendah

Mekanisme mingguan dorong harga RON95 lebih rendah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mekanisme mingguan dorong harga RON95 lebih rendah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mekanisme mingguan dorong harga RON95 lebih rendah
link : Mekanisme mingguan dorong harga RON95 lebih rendah

Baca juga


Mekanisme mingguan dorong harga RON95 lebih rendah

 Kenaikan harga petrol RON95 berlaku 20 kali dengan kenaikan RM0.82 manakala penurunan harga berlaku 15 kali dengan nilai penurunan RM0.87. — Foto AFP Kenaikan harga petrol RON95 berlaku 20 kali dengan kenaikan RM0.82 manakala penurunan harga berlaku 15 kali dengan nilai penurunan RM0.87. — Foto AFP

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Dewan Negara diberitahu hari ini bahawa penetapan harga runcit petrol dan diesel secara mingguan merupakan mekanisme yang memberi kesan segera dan adil kepada pengguna serta industri.

Timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong berkata sejak pelaksanaannya pada Mac lepas dengan pengumuman harga dibuat pada setiap Rabu, harga jualan runcit petrol RON95 lebih rendah sebanyak RM0.05. 

Kenaikan harga jualan petrol RON95 berlaku sebanyak 20 kali dengan nilai keseluruhan kenaikan RM0.82 manakala penurunan harga berlaku 15 kali dengan nilai keseluruhan penurunan sebanyak RM0.87.

“Penetapan secara harga mingguan melibatkan perubahan harga yang lebih pendek iaitu tujuh hari dan harga runcit ditetapkan adalah lebih hampir kepada kos petroleum berkenaan,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Megat Zulkarnain bertanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sama adat mekanisme penentuan harga minyak petrol dan diesel secara mingguan berkesan terhadap pengguna sedangkan perbandingan harga menyaksikan lebih banyak kenaikan daripada penurunan.

Dalam pada itu, Henry berkata cadangan untuk memberikan subsidi bagi harga minyak petrol dan diesel secara pukal perlu diteliti implikasinya agar bantuan diberikan kerajaan itu benar-benar membantu mereka yang memerlukan.

“Penduduk Malaysia menggunakan hampir dua bilion liter petrol dan diesel sebulan. Sekiranya subsidi 50 sen diberikan bagi setiap liter, kerajaan akan menanggung belanja RM1 bilion sebulan atau RM12 bilion setahun.

“Namun, perlu diingat bahawa penggunaan petrol dan diesel oleh setiap orang adalah berbeza, misalnya mereka yang berkemampuan menggunakan kereta besar sekali isi petrol mungkin mencecah 30 liter dengan subsidi RM15, manakala mereka yang menaiki motor mungkin hanya menggunakan 30 liter sebulan,” katanya. — Bernama



Sumber Mekanisme mingguan dorong harga RON95 lebih rendah


Demikianlah Artikel Mekanisme mingguan dorong harga RON95 lebih rendah

Sekianlah artikel Mekanisme mingguan dorong harga RON95 lebih rendah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :