Masyarakat perlu sedia hadapi Revolusi Industri 4.0 - Salleh

Masyarakat perlu sedia hadapi Revolusi Industri 4.0 - Salleh - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Masyarakat perlu sedia hadapi Revolusi Industri 4.0 - Salleh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masyarakat perlu sedia hadapi Revolusi Industri 4.0 - Salleh
link : Masyarakat perlu sedia hadapi Revolusi Industri 4.0 - Salleh

Baca juga


Masyarakat perlu sedia hadapi Revolusi Industri 4.0 - Salleh

KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu bersedia menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) dan segala cabarannya untuk terus memajukan negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata revolusi itu menyaksikan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).

Katanya Industri 4.0 hebat kerana ia menggantikan banyak kerja dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga dengan proses automasi hasil bantuan perisian.

"Industri ini juga hebat kerana ia meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan secara digital," katanya menerusi catatan di laman blog beliau.

Beliau menarik perhatian berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bahawa mahu tidak mahu, rakyat perlu bersedia kerana Industri 4.0 yang akan membawa kepada kejayaan wawasan Transformasi Nasional 2050.

Salleh berkata Industri 4.0 akan membawa perubahan besar antaranya kepada media tradisional apabila manusia hanya menggunakan telefon pintar dan komputer untuk membaca berita dan bukan lagi surat khabar.

"Persaingan media bukan lagi sesama sendiri tetapi terpaksa bersaing dengan media sosial yang lebih dapat menarik perhatian pembaca," kata menteri itu.

Dari segi pendidikan pula, beliau berkata Revolusi Industri 4.0 akan menyaksikan penggunaan komputer riba dengan lebih menyeluruh di sekolah.

"Teknologi hologram, media sosial dan kecerdasan buatan juga akan menjadi aspek utama sebagai alat bantuan mengajar. Mungkin di masa hadapan, pelajar boleh belajar di rumah sahaja kerana kuliah disampaikan dalam bentuk video," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Masyarakat perlu sedia hadapi Revolusi Industri 4.0 - Salleh


Demikianlah Artikel Masyarakat perlu sedia hadapi Revolusi Industri 4.0 - Salleh

Sekianlah artikel Masyarakat perlu sedia hadapi Revolusi Industri 4.0 - Salleh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: