Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina

Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina
link : Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina

Baca juga


Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina

JAKARTA – Mahkamah Perlembagaan Indonesia menolak petisyen untuk menjenayahkan zina atau hubungan seks luar nikah yang dikemukakan oleh kumpulan konservatif di negara ASEAN itu.

Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina

Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina

Lima daripada sembilan hakim mengundi untuk menolak petisyen itu secara rasmi sekali gus memberi kemenangan terhadap aktivis hak asasi antarabangsa yang bimbang usul tersebut akan mencetuskan kawalan moral di Indonesia.

Mereka mendakwa konon jika petisyen berkenaan tidak ditolak secara rasmi oleh pihak mahkamah terbabit, ia bakal memberi diskriminasi khasnya terhadap pengamal homoseksual di negara paling ramai umat Islam di dunia itu.

Ketua Hakim Mahkamah, Arief Hidayat berkata undang-undang mengenai perzinaan di Indonesia kini tidak bercanggah dengan perlembagaan, dan ia bukan kuasa Mahkamah Perlembagaan untuk mencipta dasar baharu.

“Plaintif patut menyerahkan petisyen mereka kepada penggubal undang-undang (Parlimen) dan ia patut menjadi input penting dalam semakan semula kanun jenayah yang sedang dilakukan,” katanya dalam penghakiman.

Memetik laporan media tempatan, permohonan mengharamkan seks luar nikah telah dikemukakan oleh Aliansi Cinta Keluarga (AILA), sebuah organisasi yang terdiri daripada ahli akademik dan aktivis konservatif di Indonesia.

Mereka mahu mahkamah memberi takrifan zina diguna pakai bukan sahaja kepada pasangan berkahwin tetapi sesiapa sahaja dalam atau luar perkahwinan, supaya menjadikan hubungan seks luar perkahwinan sebagai jenayah.

Dalam aduan mereka, pihak AILA berkata bahawa perkara tertentu dalam kanun jenayah republik terbesar di rantau Asia tenggara itu boleh “mengancam daya tahan institusi kekeluargaan dan juga Indonesia secara keseluruhan”.

Keputusan tidak dijangka oleh mahkamah berkenaan ternyata menerima kecaman pelbagai badan hal ehwal Islam tempatan dan ramai dilaporkan menangis apabila ada hakim beragama Islam sendiri pun tetap tolak petisyen itu.

Malah ada kalangan mereka malu dengan negara jirannya, Malaysia dan Brunei lebih mendaulatkan ajaran Islam yang tegas boleh menahan pasangan berzina sekali gus mengekang gejala bayi luar nikah daripada bebas berleluasa.

Setakat ini, hanya wilayah Aceh menganggap kes zina sebagai jenayah dalam undang-undang syariah tempatan, bahkan pesalah jika disabitkan mahkamah boleh dihukum sebat di khalayak awam.

Sumber; Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 



Sumber Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina


Demikianlah Artikel Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina

Sekianlah artikel Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan Zina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :